Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Wanita Malaysia Ditemui Mati...

HATYAI - Seorang wanita rakyat Malaysia ditemukan mati dalam bilik hotel didiami bersama...

Ibu Bapa Terkejut, Tak...

OLEH kerana ajal maut di tangan Tuhan, maka sesetengah pasangan terpaksa menerima hakikat anak...

Rebat Elektrik Semua Sektor...

KUALA LUMPUR - Semua pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB) domestik dan bukan domestik...

Hukum Muat Naik Gambar...

MENURUT pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, memuat naik gambar makanan menerusi media sosial...

Betul Ke.. Mangsa Banjir Buang Barang Bantuan Tepi Jalan?

Keprihatinan yang ditonjolkan rakyat Malaysia demi membantu mangsa-mangsa banjir sememangnya layak dipuji dan dihargai.

Bukan sahaja keringat yang dihulurkan, wang ringgit, barangan keperluan seperti makanan dan pakaian turut disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir yang hebat dilanda musibah bencana alam ini.

Begitu pun, muncul pula dakwaan kurang enak untuk didengari kononnya pakaian yang disumbangkan dibuang merata-rata di tepi jalan oleh mangsa banjir.

Perkara ini dikatakan dirakam sendiri oleh penderma yang berada di lokasi kejadian, malah segelintir mereka didakwa berasa terhina gara-gara menyaksikan perkara ini.

10882271_810720522328301_8579439186452964767_n (1)10888450_810720578994962_8930049534851390140_n (1)

Namun, jika difikir secara rasionalnya mungkin mangsa banjir mempunyai alasan kukuh atas tindakan mereka yang sedemikian rupa.

Ada yang berpendapat, semua pihak haruslah bersangka baik terhadap mangsa banjir apatah lagi mereka sedang diuji dengan musibah.

Menurut beberapa mangsa banjir, perkara ini berlaku apabila bantuan seperti pakaian yang diberikan, banyak yang tidak boleh digunakan seperti koyak, kotor dan sebagainya.


Hal sedemikianlah yang menyebabkan mereka terpaksa membuang pakaian yang didapati tidak boleh digunakan sama sekali.

Dari sudut lain, rakyat Malaysia yang membuat sumbangan sendiri sepatutnya memastikan barangan yang mahu didermakan itu mestilah berada dalam keadaan baik dan bukannya seperti ‘melepaskan batuk di tangga’ atau seolah-olah menggunakan kesempatan ‘menyumbang’ untuk membuang pakaian lama yang tidak diinginkan lagi.

Penyebaran dakwaan sebegini juga, bukan meringgankan beban mangsa banjir tetapi menambah lara pada buat mereka yang mendengarnya. - MYNEWSHUB.CC

VIDEO BARANG BANTUAN TERBALIK DARI SAMPAN

https://www.youtube.com/watch?v=YBoMz2hD5Nw

Oleh: FARAH

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori