• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Tentera British Berjaya Jejak Kekasih Melayu 47 Tahun Lalu

oleh AK-47
29/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter
Warren Holbrook
Warren Holbrook

KISAH seorang bekas tentera British yang ingin menjejak kekasih Melayu ditinggalkan di Malaysia 47 tahun lalu telah menjadi viral, minggu lalu.

BACA: Bekas Army Cari Gadis Penang Yang Ditinggalkan 47 Tahun Lalu

Rata-rata menzahirkan perasaan kagum akan kesetiaan dan kesanggupan Warren Holbrook, 69, yang ingin bertemu kembali wanita tersebut yang bernama Wan Jamilah atau gelarannya ‘Fiona’.

main_2601_p3b_oo1
Gambar kenangan Holbrook bersama Wan Jamilah satu waktu dahulu.

Ternyata usaha dan kerja keras Holbrook membuahkan hasil apabila dia akhirnya berkesempatan untuk bersembang bersama Jamilah menerusi telefon kira-kira pukul 10.15 pagi tadi.

Menurut laporan The Star, Wan Jamilah sudah berkahwin dan kini menetap di Australia bersama dua anak dan seorang cucu.

10952076_10205148162198747_1013156937_n
Keratan akhbar perkahwinan Wan Jamilah.

“Jamilah kini menetap di Melbourne dan terkejut apabila mengetahui saya sedang mencarinya. Dia gembira dan kami bercakap selama kira-kira 10 minit,” kata Holbrook.

Holbrook memberitahu pada awalnya dia turut menerima panggilan daripada bekas abang ipar Jamilah kira-kira pukul 9.30 pagi yang juga kenalannya suatu ketika dahulu.

Menceritakan tentang Jamilah, Holbrook berkata Jamilah telah berkahwin dengan seorang rakyat Australia pada tahun 1971 dan kini menetap di sana.

“Dia mempunyai seorang anak perempuan berusia 41 tahun dan anak lelaki berumur 39 tahun. Saya sekarang ada nombor telefonnya dan kami akan berhubung,” katanya.

Difahamkan, Jamilah pulang setahun sekali ke Malaysia bagi menziarahi saudara-maranya di Pulau Pinang.

Sementara itu, Holbrook mengucapkan terima kasih atas bantuan dan keprihatinan semua pihak yang mengirimkan kata-kata sokongan dan membantunya menemui Jamilah.

Hingga kini, dia yang sudah lama pencen tidak pernah berkahwin dan masih membujang.

-MYNEWSHUB.CC

Video Cerita Pendek

Tags: Britishcinta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lima Pelancong British Hilang Ditemukan Di Kampung Pagi, Ulu Tembeling

Lima Pelancong British Hilang Ditemukan Di Kampung Pagi, Ulu Tembeling

28/09/2022
0

JERANTUT: Lima pelancong warga Britain berusia antara 22 hingga 62 tahun yang dipercayai hilang di hutan berdekatan Kampung Pagi, Ulu...

Pasukan Khas Britain Latih Askar Ukraine

18/04/2022
0

KIEV – Pasukan Perkhidmatan Udara Khas (SAS) British dilaporkan kini berada di Ukraine untuk melatih askar tempatan di wilayah bergolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd