• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Khas Britain Latih Askar Ukraine

oleh Mohd Arshad
18/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KIEV – Pasukan Perkhidmatan Udara Khas (SAS) British dilaporkan kini berada di Ukraine untuk melatih askar tempatan di wilayah bergolak itu, lapor akhbar Metro UK, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ini merupakan kali pertama anggota SAS bekerjasama dengan askar tempatan di sekitar Kiev sejak konflik bermula hampir dua bulan lalu.

Laporan yang tidak disahkan itu dikeluarkan sehari selepas stesen televisyen utama Rusia, Rossiya 1 berkata, Perang Dunia Ketiga telah pun bermula dan Kremlin kini sedang berperang dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Britain telah memainkan peranan penting dalam melengkapkan persediaan askar yang berjuang menangkis pencerobohan Kremlin terutama dengan senjata anti-kereta kebal ringan (NLAW) yang diubah suai.

Jurulatih tentera Britain pada mulanya dibawa keluar dari Ukraine apabila pencerobohan bermula kerana bimbang pertempuran langsung dengan tentera Rusia boleh meningkatkan konflik.

Bagaimanapun, kini pegawai dari batalion berasingan mendakwa bahawa askar SAS berada di Ukraine untuk melatih dan merekrut tentera negara itu berkenaan cara-cara untuk mengendalikan senjata.

Kementerian Pertahanan Britain bagaimanapun tidak mengesahkan atau menafikan laporan mengenai kehadiran SAS di Ukraine.

Komander askar Ukraine, Kapten Yuriy Myronenko berkata, mereka kini sudah mempunyai latihan ketenteraan yang lebih baik.

“Pegawai British berada di sini sejak dua minggu lalu di unit kami dan mereka melatih cara-cara menggunakan senjata terutamanya NLAW.

“Kejayaan dalam memusnahkan banyak kapal serta konvoi Rusia telah memberi kami keyakinan diri yang lebih tinggi sekarang,” kata Myronenko.

-Kosmo Online

Tags: askarBritishKrisis Rusia-UkraineLatihpasukan khas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pasukan Khas Mula Gerakkan Agenda Penubuhan Hospital MARA

Pasukan Khas Mula Gerakkan Agenda Penubuhan Hospital MARA

24/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) mula menggerakkan pasukan khas bagi merealisasikan agenda penubuhan Hospital MARA sebagai sebahagian usaha...

Isu HRD Corp: SPRM Tubuh Pasukan Khas

Isu HRD Corp: SPRM Tubuh Pasukan Khas

06/07/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan satu pasukan khas berhubung isu Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp)....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd