• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas CEO Nascom Dibebas Sabitan Hukuman Penjara, Denda

oleh Ahmad Albab
22/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi membebaskan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Komputer Nasional Bhd (Nascom) Zulkifli Amin Mamat yang dihukum penjara empat tahun dan tiga kali sebatan atas kesalahan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM1.61 juta, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Ghazali Cha membenarkan rayuan Zulkifli bagi mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhi Mahkamah Sesyen.

Ghazali dalam penghakimannya berkata hujahan pembelaan mempunyai merit dan mahkamah mendapati perayu tidak perlu dipanggil membela diri dan sabitan Mahkamah Sesyen adalah tidak selamat untuk dikekalkan.

“Perayu (Zulkifli) dibebaskan daripada sabitan dan sekiranya denda RM200,000 sudah dibayar, ia hendaklah dikembalikan kepada perayu,” katanya.

Zulkifli, 62, disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 3 Jun 2013 selepas didapati bersalah melakukan kesalahan itu di Wisma Nascom, Subang Hi-Tech Industrial Park, antara 25 Nov dan 31 Dis 2002.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan pada Julai 2004.

Menurut kertas pertuduhan, Zulkifli didakwa menipu seorang ahli perniagaan sehingga mendorong mangsa menyerahkan RM1.61 juta.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan cara memperdayakan mangsa supaya mempercayai bahawa Nascom mempunyai tabung khas untuk menyimpan wang yang dibayar oleh syarikat-syarikat yang menyertai program vendor kepada Nascom dan wang tersebut terjamin.

Wang itu didakwa disimpan dan tidak akan digunakan melainkan untuk tujuan tertentu mengikut perjanjian sedangkan Zulkifli sebenarnya didakwa mengetahui tabung khas itu sebenarnya tidak pernah wujud.

Perbuatan tertuduh telah mendorong ahli perniagaan itu menyerahkan wang tersebut sebagai deposit sekuriti bagi program berkenaan.

Pada prosiding hari ini, Zulkifli diwakili peguam RV Lingam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ilmani Ahmad. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahPenjara
Share218Tweet136SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd