• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bank Islam Sumbang RM1.2 Juta Bantu Mangsa Banjir

oleh Ahmad Albab
12/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Bank Islam Malaysia Berhad menghulurkan sumbangan berjumlah RM1.2 juta kepada kerajaan Kelantan dalam usaha meringankan beban mangsa banjir selepas negeri ini dilanda bencana berkenaan bulan lepas.

Pengarah Urusannya Datuk Seri Zukri Samat berkata sumbangan itu termasuk wang tunai berjumlah RM200,000 yang disampaikan kepada Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Mohd Fuadzi Che Mamat hari ini.

“Selain sumbangan tunai, Bank Islam juga memperuntukkan dana zakat bernilai RM1 juta untuk menampung kos membina dan membaik pulih rumah mangsa banjir yang musnah dan rosak teruk,” katanya kepada pemberita pada majlis sumbangan bantuan banjir Bank Islam di sini, hari ini.

Zukri berkata sumbangan itu akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan melalui kerajaan negeri yang lebih arif tentang keadaan dan kerugian yang dialami mangsa.

“Kami harap sumbangan ini dapat membantu mangsa yang terlibat sekali gus meringankan beban yang ditanggung mangsa untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

Katanya sebagai badan korporat yang prihatin, Bank Islam juga mengambil langkah proaktif untuk membantu meringankan beban mangsa melalui beberapa inisiatif tertentu di bawah Program Prihatin Bank Islam.

“Antaranya permohonan menggantikan kad debit dan buku akaun yang hilang atau musnah tidak akan dikenakan yuran permohonan,” kata Zukri.

Selain itu, pelanggan perkhidmatan pembiayaan Peribadi-i, Kenderaan-i dan Rumah-i juga boleh memohon penangguhan pembayaran bulanan mereka selama enam bulan.

Katanya Bank Islam juga memberi pengecualian Yuran Ganti Rugi (Ta’widh) untuk bayaran pembiayaan yang lewat dibuat, bagi tempoh dari 5 Dis 2014 hingga tarikh penyerahan permohonan untuk pengecualian itu.

“Bank Islam turut menghantar Skuad Amal bagi membantu membersihkan rumah kakitangan yang juga merupakan mangsa tragedi banjir selain memberi sumbangan keperluan asas dan ubat-ubatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bank Islambantuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kita Bangsa Johor Tidak Kira Agama, Bangsa, Latar Belakang – Onn Hafiz

Kita Bangsa Johor Tidak Kira Agama, Bangsa, Latar Belakang – Onn Hafiz

09/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) Johor memastikan tiada rakyat...

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd