• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: RM200j Untuk Baiki Kerosakan Premis, Infrastruktur

oleh Ahmad Albab
08/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kos kerosakan dan baik pulih premis serta infrastruktur di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akibat banjir dianggarkan melebihi RM200 juta, kata Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Daripada anggaran itu, RM80 juta diperlukan bagi membina semula dua jambatan di Gua Musang, Kelantan yang rosak teruk manakala kos baik pulih premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) dianggarkan RM35 juta, katanya.

Anggaran kos itu juga melibatkan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, jalan perhubungan desa, pejabat agensi di bawah kementerian serta kerosakan pertanian dan ladang pekebun kecil, katanya dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di sini, Khamis.

“Peranan besar untuk kementerian kerana kebanyakan kawasan yang ditenggelami air terletak di luar bandar melibatkan peneroka lembaga kemajuan tanah, usahawan, orang Asli,” katanya, sambil memaklumkan kementeriannya telah menyumbang lebih RM6 juta membantu mangsa banjir di negeri-negeri terlibat.

Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) akan dibuka dan dijadikan tempat pengumpulan dan pengendalian barangan bantuan semasa bencana untuk semua pihak.

Katanya dengan membenarkan RTC, yang ketika ini hanya digunakan sebagai tempat pengumpulan barangan bantuan daripada kementerian dan agensi kerajaan, akan melancarkan lagi operasi mengumpul dan mengagihkannya, khususnya pihak luar yang berhasrat turun ke lokasi untuk membantu.

“Ada pihak luar terpaksa bergantung dengan masyarakat setempat untuk meletakkan dan mengagihkan bantuan yang tentunya menyukarkan…dengan membenarkan RTC untuk digunakan, ia akan memudahkan semua pihak terlibat,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirShafie Apdal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd