• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Di Sarawak Bertambah Buruk, Kelantan & Perak Kekal

oleh Ahmad Albab
19/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Banjir di Sarawak bertambah buruk pagi ini apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan di negeri itu meningkat kepada 3,201 orang dari 736 keluarga berbanding 153 keluarga malam tadi.

Sementara di Kelantan dan Perak masing-masing kekal dengan 354 orang dan 80 orang seperti yang direkodkan malam tadi.

Di SARAWAK, hujan berterusan sejak beberapa hari lepas memburukkan lagi keadaan banjir di beberapa tempat, terutama di bahagian Kuching, Semarahan, Mukah serta Limbang.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak Salihin Annuar berkata sehingga kini, 29 pusat pemindahan telah dibuka dengan Kuching menempatkan 2,306 orang, Limbang (442), Semarahan (276) dan Mukah (186).

Enam daripada pusat pemindahan itu adalah sekolah-sekolah manakala selebihnya membabitkan balai raya, gereja, dewan orang ramai dan sebagainya.

Jelas Salihin, semua operasi berjalan lancar, termasuk operasi pemindahan, menghantar bantuan dan pendaftaran oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sehingga kini tiada kemalangan jiwa akibat banjir dilaporkan.

Katanya bilangan mangsa dijangka bertambah ekoran hujan yang masih berterusan di sana-sini, di samping keadaan semasa yang menyaksikan kejadian air pasang besar dan proses pemindahan sedang giat dilaksanakan.

Di KELANTAN, jurucakap MKN negeri berkata kesemua 354 orang melibatkan 74 keluarga yang kehilangan rumah akibat banjir itu masih ditempatkan di sembilan pusat pemindahan di Kuala Krai.

Kesemua mangsa ditempatkan di dewan sekolah, Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika), kilang dan masjid.

Di PERAK, jurucakap MKN Perak berkata sehingga kini dua pusat pemindahan masih dibuka dengan Perak Tengah menempatkan 46 orang daripada 11 keluarga manakala di Hulu Perak menempatkan 34 orang daripada 10 keluarga. – BERNAMA

Tags: Banjirsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd