• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: 24 Balai Polis Di Pantai Timur terjejas

oleh Ahmad Albab
01/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Banjir yang melanda Pantai timur kali ini turut memberi cabaran kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan tugasnya berikutan banyak balai polis turut menjadi mangsa kepada bencana itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, sebanyak 24 balai polis di Kelantan, Terengganu dan Pahang rosak dalam banjir besar yang melanda ketiga-tiga negeri di pantai timur itu.

“Sebanyak 19 balai polis mengalami kerosakan di Kelantan, empat di Terengganu dan satu di Pahang. Selain itu, seramai 900 anggota polis di negeri-negeri itu juga turut menjadi mangsa banjir.

“Banyak rumah anggota polis dan balai dinaiki air menyebabkan infrastruktur dan peralatan musnah dan sekarang kita dalam tempoh untuk mengenal pasti jenis dan jumlah kerugian,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini.

Noor Rashid berkata, proses mengenal pasti kerosakan infrastruktur dan peralatan itu perlu dilakukan segera bagi membolehkan pihak polis terus memberikan perkhidmatan kepada masyarakat setempat.

Beliau juga berkata, sehingga kini jumlah mangsa yang maut akibat banjir di seluruh negara mencecah 21 orang manakala mangsa yang masih hilang adalah 10 orang.

“Kelantan mencatatkan 14 kematian, Terengganu sebanyak empat orang dan tiga di Pahang manakala jumlah mangsa yang hilang adalah 10 orang, empat di Kelantan, Terengganu (lima) dan satu di Pahang,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata fokus polis ketika ini adalah memberi bantuan kepada mangsa banjir dari segi bekalan makanan dan tenaga kerja bagi membersihkan rumah-rumah mangsa banjir.

Polis, katanya, akan memastikan bantuan makanan sampai kepada mangsa banjir, selain mengerah 10,000 anggota polis di seluruh negara untuk membantu mangsa banjir yang memerlukan bantuan.

“Selain itu, kita juga memberi perhatian untuk memastikan kegiatan pecah rumah tidak berlaku kerana pada saat genting ini ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan,” kata Noor Rashid.

Sebelum itu, beliau menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Kedah yang baharu Datuk Zamri Yahya. – BERNAMA

Tags: Banjirpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd