• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: 1,575 Anggota PDRM Terima Bantuan

oleh Ahmad Albab
26/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG – Sejumlah 1,575 pegawai, anggota dan kakitangan awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini menerima bantuan dana berjumlah RM1.5 juta bagi meringankan beban mereka.

Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, mereka akan menerima antara RM500 dan RM1,500 seorang, bergantung kepada jumlah kerugian selepas penilaian oleh ketua polis daerah masing-masing.

“Dana itu dikumpulkan melalui pemotongan emolumen Januari melibatkan 120,000 pegawai, anggota dan kakitangan PDRM sebanyak RM1 juta serta RM500,000 daripada Tabung Kebajikan PDRM,” katanya selepas merasmikan Program Gotong-royong Perdana Pasca banjir PDRM di Kampung Kerilla, Temangan di sini, hari ini.

Majlis yang dihadiri Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Shabudin Abdul Wahab dan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim itu menyaksikan penyertaan lebih 300 pegawai dan anggota polis serta orang ramai.

Mohamad Fuzi berkata, bantuan itu diserahkan kepada kakitangan terjejas banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak secara berperingkat sejak minggu lepas.

“Bantuan dana itu juga akan disalurkan kepada kakitangan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun kita masih belum menerima laporan mengenai mangsa di dua negeri berkenaan,” katanya.

Mengenai balai polis yang terjejas di Kelantan, beliau berkata proses pemulihan sedang dilakukan dengan agresif namun tidak menjejaskan operasi pasukan keselamatan itu di negeri ini.

“Kita telah memperuntukkan RM15.3 juta kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bagi proses membaik pulih dan proses pemulihan akan dilaksanakan secepat mungkin.

“Operasi kita tak terjejas walaupun banjir besar melanda dan proses undang-undang tetap berjalan seperti biasa,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=32mpEy9sJ6c

Tags: bantuanpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd