• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alwi Ibrahim Dilantik Ketua Setiausaha KDN

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim dilantik sebagai Ketua Setiausaha yang baharu bagi kementerian itu berkuat kuasa Isnin ini, menggantikan Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam kenyataannya hari ini berkata pelantikan Alwi, 55, adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa perkhidmatan awam melalui pelan transformasi.

“Saya berkeyakinan bahawa kelayakan, pengalaman, pengetahuan serta kredibiliti yang dimiliki oleh Alwi akan membolehkan beliau memimpin dan meneruskan kecemerlangan kementerian sebagai peneraju serta pentadbir urus keselamatan bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat,” kata Ali.

Alwi yang berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Polisi Awam dari University of Wisconsin, Amerika Syarikat serta Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah dari Universiti Malaya, berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih 31 tahun sejak menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 9 Januari 1984.

Beliau berpengalaman luas dalam bidang keselamatan, pengurusan awam serta pembangunan sosial dan ekonomi melalui perkhidmatannya termasuk sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara.

Beliau pernah berkhidmat di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Pengarah Pusat Khidmat Kontraktor serta Setiausaha Bahagian Program dan Projek Pembangunan. – BERNAMA

Tags: JawatanKDN
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Saya Sedar Jawatan Saya ini Terbatas. Mungkin Meninggal Dunia, Mungkin Uzur, Mungkin Kalah’

‘Saya Sedar Jawatan Saya ini Terbatas. Mungkin Meninggal Dunia, Mungkin Uzur, Mungkin Kalah’

01/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mahu mengulangi budaya pentadbiran terdahulu yang menghukum rakyat...

Urusan Perkhidmatan Ketua Pengarah AKPS Masih Belum Dimuktamadkan – KDN

Urusan Perkhidmatan Ketua Pengarah AKPS Masih Belum Dimuktamadkan – KDN

28/10/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan urusan perkhidmatan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd