• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen DAP Raub Sahabat Tun Daim?

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd. Ariff Sabri Abdul Aziz merupakan sahabat kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang dituduh rasuah.

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebagai sahabat, Mohd. Ariff Sabri sepatutnya sedar mengenai perkara itu dan tidak mempersoalkan tindakan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan tentang isu rasuah berkenaan.

“Sejak 1998 sehingga hari ini, Anwar telah konsisten menyatakan pendiriannya terhadap dakwaan rasuah terhadap Daim. Saya yakin, sebagai sahabat Daim, Ariff (Mohd. Ariff Sabri) sendiri sedar perkara ini.

“Apakah Daim boleh dilepaskan begitu saja hanya kerana beliau bukan ahli politik yang memegang jawatan utama dalam kerajaan kini,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Anwar sebelum ini mendakwa mempunyai bukti terhadap kes rasuah melibatkan bekas Menteri Kewangan pada 1998 yang ketika itu dipegang Daim.

Berikutan itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, SPRM bersedia menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan sekali lagi dan mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai bukti supaya bekerjasama dengan agensinya.

Mohd. Ariff Sabri bagaimanapun mempersoalkan tindakan Anwar tersebut yang dilihat begitu bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan Daim.

Dakwa beliau, kesungguhan Anwar itu dakan menggagalkan usaha Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya akan datang. – mynewshub.cc

Tags: DAPTun Daim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Menjunjung tinggi pendirian Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan. Menerusi satu...

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

12/10/2026
0

MELAKA - DAP mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Melaka bagi mencabar kesahihan pindaan perlembagaan negeri yang membolehkan pelantikan sehingga tujuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd