• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

40 Tentera Kem Rasah Sertai Misi Bantuan Banjir

oleh Ahmad Albab
08/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sebanyak 40 anggota tentera bersama lima buah trak dari Markas 1 Briged Kem Rasah menyertai misi menghantar bantuan kepada mangsa banjir melalui Kempen Bantuan Banjir, hari ini.

Kempen anjuran Pertubuhan Wanita Negeri Sembilan (NSWO) dengan kerjasama kerajaan negeri, Angkatan Tentera Malaysia Negeri Sembilan dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) itu telah dilancarkan sejak 26 Dis lepas.

Yang Dipertua NSWO Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin berkata sesi penghantaran bantuan ini merupakan fasa ketiga untuk dibawa ke kem Tentera Udara Diraja Malaysia Sungai Besi sebelum diagih-agihkan ke negeri-negeri yang dilanda banjir.

“Sebelum ini, NSWO telah berjaya menghantar bekalan bantuan fasa pertama menggunakan lima buah trak tentera seberat tiga tan ke Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Kuala Lumpur pada 28 Dis lepas.

“Kesemua bantuan tersebut akan diedarkan ke pelbagai kawasan yang terjejas banjir khususnya di Kelantan di mana situasi banjir amat kritikal,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Mangsa Banjir di sini hari ini.

Turut hadir, Panglima 1 Briged Brigadier Jeneral Datuk Adnan Abu Bakar dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS) Datuk Abdul Halim Abd Latif.

Salbiah berkata fasa kedua penghantaran bekalan bantuan menggunakan dua buah trak tentera juga seberat tiga tan ke Kem Terendak Melaka telah dihantar pada 6 Jan lepas.

Sementara itu, Adnan berkata dalam tempoh pasca banjir kini, kerajaan negeri telah menggerakkan aset di Negeri Sembilan terutamanya MPS untuk memulihkan keadaan serta membantu mangsa yang terlibat banjir.

Mengulas mengenai isu bekalan sumbangan yang tidak sampai kepada kumpulan sasaran, beliau menjelaskan berikut:

“Bantuan bukan tak sampai, tapi disebabkan keadaan banjir yang teruk pada sesuatu masa tertentu, proses penghantaran menjadi lambat kerana perhubungan terputus.

“Kenderaan darat yang digunakan tidak ada laluan untuk menghantar, begitu juga dengan helikopter. Tidak ada tempat untuk mendarat,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=wKFzdtBXJl4

Tags: bantuanTentera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd