• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20 Orang Cuba Sekat Saravanan, Beliau Turut Diugut Bunuh

oleh AK-47
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kira-kira 20 orang individu hari ini cuba menyekat kehadiran Naib Presiden MIC Datuk M Saravanan daripada masuk ke dalam premis Ibu Pejabat MIC di ibu negara.

Ketika kejadian, kumpulan itu mengakui mereka dilantik oleh Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel dan Setiausaha Agung MIC Datuk G Kumaar Aaman semalam untuk menjaga keselamatan bangunan itu.

Menurut laporan portal Malaysiakini, beberapa orang kumpulan yang mengiringi Saravanan pula berteriak : “Palanivel sudah mabuk”.

MENARIK – Presiden MIC Tampil Jawab Dakwaan Berkaitan Isu ROS

Situasi tegang itu dilaporkan berlanjutkan sehingga satu jam sehingga pihak polis sampai dan orang ramai bersurai.

Kemudiannya, sebentar tadi Saravanan mengadakan sidang media selepas kejadian berkenaan dan mendedahkan bahawa beliau menerima dua ancaman dibunuh melalui panggilan telefon.

Beliau memainkan semula audio ancaman itu melalui pembesar suara telefonnya untuk didengari bersama para wartawan media.

Pemanggil itu bercakap dalam bahasa Melayu dan mengancam hendak menembak Saravanan.

Saravanan kemudian mengejeknya supaya benar-benar menembaknya kerana “pemberita mahu melihatnya”.

Hari ini, Palanivel turut membuat pengumuman perubahan beberapa jawatan utama dalam MIC yang dilihat antara pencetus ketegangan pada hari ini.

Antara yang terlibat ialah Saravanan yang digugurkan sebagai Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan dan digantikan dengan Datuk Rajoo Vyraperumal.

Saravanan dikatakan merupakan antara pemimpin MIC yang dilihat mengeluarkan kenyataan media berkenaan kemelut dalaman parti itu bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

Insiden Wisma MIC Kecoh Pada 2014

Tags: MICpolitik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penyatuan Ummah Bukan Payah ‘Benau’

Penyatuan Ummah Bukan Payah ‘Benau’

10/09/2026
0

SAHABAT orang Melaka kata Penyatuan Ummah bukan payah ‘benau’. UMNO dan PAS umum sahaja jalin kerjasama politik, maka terjadilah Penyatuan...

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd