• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Kencing Tikus Di Kawasan Terjejas Banjir MEMBIMBANGKAN

oleh AK-47
22/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PIHAK Kementerian Kesihatan memaklumkan, setakat ini sebanyak 126 orang telah disahkan menghidap penyakit leptospirosis atau kencing tikus di negeri-negeri yang terjejas banjir.

Bagaimanapun, peningkatan kes ini berada di tahap membimbangkan apabila 753 kes lagi, dilaporkan turut melibatkan jangkitan penyakit berbahaya ini.

Dua daripada mangsa, dilaporkan adalah sukarelawan yang membantu mangsa banjir di kawasan terjejas bencana alam itu.

Memetik laporan The Rakyat Post, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, walaupun tiada kes kematian dilaporkan akibat wabak itu, jumlah peningkatan kes berkenaan amat membimbangkan.

“Kelantan mencatatkan jumlah kes tertinggi di mana sebanyak 538 kes dilaporkan dengan 62 orang disahkan. Ini diikuti Terengganu dengan 28 orang disahkan dijangkiti kencing tikus, Perak 22 dan Pahang 14 orang,” katanya.

Menurut beliau, pihak kementerian telah mengambil langkah persediaan terhadap penyakit berjangkit ini namun permasalahan muncul apabila mangsa banjir di pusat pemindahan pulang ke rumah masing-masing.

Susulan itu Subramaniam menasihati mangsa banjir agar memakai peralatan keselamatan seperti topeng muka dan kasut ketika menjalankan kerja pembersihan bagi mengelakkan virus yang tidak diingini.

“Wabak ini boleh merebak ketika mangsa banjir membersihkan kediaman di rumah yang berlumpur dan persekitarannya. Ini sebabnya penting untuk memakai peralatan keselamatan seperti topeng muka dan kasut ketika menjalankan kerja pembersihan,” katanya.

Selain itu, mangsa banjir juga dinasihatkan agar mengamalkan kebersihan terutamanya dalam penyediaan makanan dan minuman.

Diharapkan, mangsa banjir mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada dijangkiti penyakit berbahaya ini. -MYNEWSHUB.CC

Video Info Jangkitan Kencing Tikus

Tags: BanjirKencing tikuskesihatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Tahap kesihatan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas menjalani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd