• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Ditemui Mati Dalam Bilik Hotel

oleh Ahmad Albab
25/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang lelaki warga emas ditemui mati dalam keadaan duduk di kerusi dan terdapat sepucuk pistol di bahagian pahanya di dalam bilik sebuah hotel di Jalan Sultan Abdul Jalil di sini, petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata lelaki berusia 69 tahun itu ditemui mati kira-kira pukul 6 petang oleh seorang pekerja hotel berkenaan.

“Pekerja hotel yang melakukan pemeriksaan di bilik berkenaan terkejut apabila menemui mayat mangsa dalam keadaan berdarah di bahagian mulut,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Sum berkata kecederaan dalam mulutnya dipercayai kesan daripada tembakan.

“Tiada peluru dalan pistol. Polis menemui sebutir peluru serta dompet dan telefon bimbit di dalam beg mangsa,” katanya.

Sum berkata berkata mangsa yang berasal dari Taman Intan di Pasir Puteh di sini, yang menginap di hotel berkenaan sejak semalam sepatutnya mendaftar keluar pada 12 tengah hari tadi.

Katanya mangsa dipercayai dibunuh dalam tempoh kurang 24 jam dan tiada kesan kecederaan lain ditemui pada tubuh badan mangsa.

Sum berkata polis telah memeriksa rumah mangsa dan mendapati rumah berkenaan tidak berpenghuni, namun hanya terdapat sebuah kereta dan motosikal.

“Lelaki itu pergi ke hotel berkenaan menaiki teksi,” katanya.

Beliau berkata polis akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada mangsa dibunuh atau menembak dirinya sendiri.

Mayat mangsa di hantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dan bedah siasat akan dijalankan esok. – BERNAMA

Tags: hotelwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran DAP Anggap Pengisytiharan Hari Ini Bertentangan Adat Perpatih

Veteran DAP Anggap Pengisytiharan Hari Ini Bertentangan Adat Perpatih

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim mendakwa tindakan mengisytiharkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan baharu di sebuah...

PM Kritik Pemasyhuran Di Hotel, Kerajaan Madani Iktiraf Tuanku Muhriz

PM Kritik Pemasyhuran Di Hotel, Kerajaan Madani Iktiraf Tuanku Muhriz

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan tetap mengiktiraf Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd