• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ustazah Ekspres… Kenyataan Mashitah Dituju Kepada Siapa?

oleh AK-47
03/12/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Petikan: Kuala Lumpur Post dan Sinar Harian Online

Datuk Dr Mashitah Ibrahim menjelaskan hari ini, beliau tidak bertujuan menghina atau memperlekeh mana-mana pihak apabila membuat teguran mengenai kewujudan ramainya ‘ustaz ekspres, ustazah jadian’ di kalangan artis yang berhijrah.

Ketua Wanita Umno Baling itu berkata, pandangannya yang dikemukakan ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas, disalah erti sehingga menimbulkan kemarahan banyak pihak.

“Dalam ucapan saya, tidak salah mereka yang berhijrah berkongsi pengalaman dan semangat Islam tetapi sewajarnya mereka tidak sentuh soal hukum hakam apalagi menghukum orang lain,” katanya menurut Sinar Harian Online hari ini.

“Yang saya bangkitkan ialah keadaan di mana mereka mengeluarkan pandangan atau bercakap mengenai perkara yang mereka tidak berapa tahu, sehingga menimbulkan kecelaruan masyarakat,” beliau dipetik sebagai berkata dalam portal berita itu.

Mashitah berkata, atas konteks tersebut, beliau menyentuh kewujudan mereka yang tidak mahir dalam bidang agama, termasuk segelintir artis yang baru menyertai PAS dan bercakap hal agama dan hukum hakam, sehingga menambah kekeliruan orang ramai.

Semasa berucap pada persidangan parti itu atas kapasiti perwakilan Wanita Umno Kedah, beliau berkata: “Artis pakai tudung, dipanggil ustazah dan mengendalikan program agama. Kemunculan ramai ustaz ekspres, ustazah jadian yang asalnya pelakon, penyanyi, ‘rockers’, kemudian masuk PAS, celaru keadaan!”

“Mereka mungkin mempunyai pandangan menyimpang, mungkin menyesatkan. Ada kesedaran dan semangat Islam tetapi tak boleh cakap pasal hukum kerana mereka tak ada wibawa. Setakat pengalaman tidak melayakkan kita jadi ustazah atau ustaz.”

Beliau yang juga bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu berucap membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial.

Katanya, menurut Sinar Harian, beliau mengalu-alukan usaha dakwah golongan itu yang sudi berkongsi pengalaman atau menceritakan kisah hidup mereka sebagai pengajaran.

Mengulas mengenai kaedah pendakwah sama ada menyanyi atau berjenaka seperti yang juga disentuh dalam ucapannya, katanya kepada akhbar itu, beliau sekadar mengingatkan agar tidak keterlaluan sehingga mencacatkan ilmu yang hendak disampaikan.

“Setiap pendakwah ada kaedah tersendiri menarik perhatian hadirin. Namun, kita harus tahu seimbangkan cara dan isi.

“Ceramah ialah majlis ilmu, bukan persembahan hiburan seperti Maharaja Lawak Mega. Audien juga dinasihatkan tidak memilih ceramah kerana ada jenaka, tetapi kerana ilmunya,” katanya dipetik Sinar Harian.

Mashitah juga berkata beliau bimbang sekiranya terlalu banyak gelak ketawa dan disulami percakapan berunsur lucah atau menghina orang lain, majlis ilmu itu akan hilang keberkatannya.

Ditanya mengenai tuntutan permohonan maaf presiden Panglima Malaysia, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak, Mashitah berkata, tiada keperluan berbuat demikian kerana beliau tidak menghina sesiapa.

“Saya tiada agenda peribadi bangkitkan isu ini. Jangan putar belit kenyataan saya. Tanggungjawab semua menegur apa yang tidak betul dalam masyarakat… Saya cadangkan beliau meneliti ucapan saya, bukan sekadar memetik sebaris dua petikan,” katanya.

Semasa dalam bahasnya minggu lepas, beliau berkata: “Nak cari ustaz, ustaz pun ceramah macam Maharaja Lawak Mega, ada juga ustaz macam ustaz Bollywood. Padan yang dengar pun, nak pilih ustaz yang nyanyi dan buat lawak, nak dengar lawak pi dengar Maharaja Lawak lah, tak payah dengar ceramah agama.”

** Kalau suruh admin Mynewshub agak… rasanya ditujukan kepada Abby Abadi kot…

Tags: Artispolitik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly menyifatkan gabungan parti politik sebagai satu hubungan...

PM Anwar Minta Jangan Politikkan UEC Masuk IPTA – ‘Dunia Sekarang Semua Nak Kait Politik’

PM Anwar Minta Jangan Politikkan UEC Masuk IPTA – ‘Dunia Sekarang Semua Nak Kait Politik’

15/05/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan laluan untuk lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd