• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UNICEF Kecam Pembunuhan Ratusan Murid Sekolah Di Pakistan

oleh Ahmad Albab
17/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) mengecam pembunuhan lebih 100 pelajar sekolah di Penshawar, Pakistan semalam.

UNICEF dalam satu kenyataan media berkata, pembunuhan ratusan kanak-kanak itu telah memeranjatkan dunia.

“Insiden ini sedang menyedarkan seluruh dunia. Bagaimanapun apa yang lebih penting untuk terus membantu ibu bapa di Pakistan yang mahukan pelajaran untuk anak mereka.

“Apa yang lebih penting untuk semua bekerjasama dengan pihak yang sedang melaksanakan usaha tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

UNICEF turut menzahirkan perasaan simpati ke atas keluarga kanak-kanak terbabit dan turut melahirkan rasa sedih dan kesal.

Media semalam melaporkan pemberontak Taliban membunuh 130 orang, kebanyakannya kanak-kanak selepas menceroboh sebuah sekolah awam yang diuruskan pihak tentera Pakistan di Warsak Road dalam serangan paling berdarah di negara itu akhir-akhir ini.

Saksi-saksi berkata, mereka dikejutkan dengan bunyi tembakan kuat di sekolah itu yang terletak di barat laut bandar raya Peshawar kira-kira pukul 10.30 pagi (1 petang waktu Malaysia) apabila digempur sekumpulan lima lelaki berpakaian seragam tentera.

Ketika kejadian, penyerang dipercayai menggeledah dari setiap bilik darjah dan melepaskan tembakan rambang ke arah pelajar, guru serta kakitangan sekolah sebelum pihak tentera bergegas datang dan menembak mati kesemua lima suspek selepas lima jam serangan.

Tags: bunuhUNICEF
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

12/05/2026
0

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej...

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd