• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO PP Tiada Kaitan Dengan Laporan Polis Terhadap 1MDB

oleh AK-47
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM — Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang menegaskan bahawa ia tidak mempunyai kaitan dengan tindakan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausahanya Datuk Musa Sheikh Fadzir juga menegaskan bahawa Umno negeri itu tidak menyokong tindakan Khairuddin kerana beliau tidak berbincang dengan mereka mengenai perkara itu.

“Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta kami sendiri (Umno Pulau Pinang) tidak mengetahui laporan polis yang dibuat beliau sehingga diberitahu semalam.
    
“Kami tidak menyokong tindakannya itu dan menganggap ia dilakukan atas kepentingan sendiri serta tiada kaitan dengan Umno negeri, sehingga hari ini beliau juga tidak menghubungi kami untuk memaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Musa, yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam, tidak menolak kemungkinan untuk memanggil Khairuddin bagi memberi penjelasan berhubung tindakan yang dilakukannya itu.

“Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Umno negeri dan terpulang kepada pengerusi mengenai tindakan yang harus diambil selanjutnya,” katanya.

Semalam, Khairuddin membuat laporan polis dengan meminta agar satu siasatan terperinci dilakukan bagi mengenal pasti masalah kepincangan pentadbiran kewangan yang dihadapi 1MDB.

Dalam perkembangan lain, firma pelaburan strategik negara 1MDB dalam kenyataan hari ini mengalu-alukan sebarang siasatan dilakukan terhadap firma tersebut.– BERNAMA

Tags: 1MDB
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd