Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Wilayah Gansu Mahu Penerbangan...

LANZHOU - Wilayah Gansu telah meminta penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke...

Afdlin Tegur Penaja TRW,...

PELAKON dan pengarah terkenal, Afdlin Shauki menerusi laman Facebooknya baru-baru ini meluahkan pendapatnya mengenai tajaan...

Mahkamah Tidak Boleh Paksa...

KUALA LUMPUR - Mahkamah tidak boleh memaksa Peguam Negara untuk memulakan apa-apa prosiding...

Tiga Asteroid Besar Lintasi...

WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) semalam mengeluarkan amaran...

“Saya Beri Tempoh 20 Hari Kepada Menteri Dalam Negeri”

KUALA LUMPUR – “Saya beri tempoh 480 jam atau 20 hari kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk bertindak ke atas pihak yang bermain dengan isu sensitif,” kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kata Kit Siang, jika Ahmad Zahid tidak mengambil tindakan terhadap pihak yang melanggar isu sensitif dalam tempoh tersebut, beliau mahu bersemuka dengan Menteri Dalam Negeri itu untuk mendapatkan penjelasan.

Menurutnya, beliau akan meminta satu mesyuarat dengan Ahmad Zahid untuk mengetahui mengapa Kemtnerian Dalam Negeri tidak mampu memenuhi janji bahawa polis akan memulakan siasatan dalam tempoh 24 jam ke atas laporan yang dibuat terhadap individu yang menyalahi isu sensitif .

“Sudah lebih seminggu wakil DAP Teo Nie Ching dan Kasthuri Patto serta setiausaha politik saya, Dyana Sofya Mohd. Daud membuat laporan polis ke atas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim

“Wakil UMNO Pulau Pinang , Datuk Mohd Zaidi Mohd Said turut membuat kenyataan yang boleh menjejaskan kemanan dan keharmonian kaum negara ini,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Beberapa ahli politik DAP pada 28 November lalu membuat laporan polis terhadapMashitah atas ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO 2014, yang menyeru perwakilan supaya jangan menjadi majoriti senyap atas kejadian bakar Al-Quran di Kedah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula mahu membuat laporan polis terhadap Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said kerana didakwa memfitnah kerajaan Pulau Pinang dan menghasut kebencian kaum.

Guan Eng mendakwa, Mohd Zaidi dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Umno 2014 menuduh kekuatan politik dan ekonomi orang Cina di Pulau Pinang berpunca dari aktiviti ekonomi haram seperti perjudian haram, pelacuran dan pusat hiburan. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori