• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Transit 1Malaysia Diperluas Ke Bandar Besar

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program Rumah Transit 1Malaysia untuk membantu pasangan muda yang baru berkahwin akan diperluas ke bandar-bandar besar di seluruh negara secara berperingkat, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique berkata langkah itu berdasarkan permintaan tinggi projek perintis Rumah Transit 1Malaysia di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil, yang bakal didiami tahun hadapan.

Kementerian, katanya, melalui Jabatan Perumahan Negara akan berbincang dengan kerajaan negeri bagi menentukan keperluan bilangan rumah transit yang akan disediakan dan antara cadangan lokasi ialah PPR Sungai Melana di Johor Baharu dan PPR Kepayan Ridge di Kota Kinabalu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Chong Sin Woon yang ingin tahu adakah kerajaan berhasrat menambah bilangan rumah transit yang dilihat mampu mengurangkan beban penghuni yang baru berkahwin.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Adam Abdul Hamid yang ingin tahu bagaimana sambutan kerajaan negeri dalam penyediaan tapak lokasi projek rumah transit itu, Halimah berkata setakat ini kementerian tidak mempunyai masalah besar.

“Ada sesetengah projek PPR yang separuh jalan terpaksa dipindahkan tapak tanah kerana lokasi tanah tidak sesuai, lokasi tanah ada masalah dan kadangkala ada kerajaan negeri datang tiba-tiba untuk menukar tapak tanah,” katanya.

Program Rumah Transit 1Malaysia dilaksanakan dengan tujuan untuk mengurangkan beban pasangan muda yang baru berkahwin dan berpendapatan RM3,000 ke bawah dengan kadar sewaan RM250 sebulan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=5EjNRuP7m50

Tags: KerajaanRumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd