• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Punca Tiga Penyokong Tidak Dapat Masuk Singapura Tidak Diketahui

oleh Ahmad Albab
02/12/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUNCA tiga rakyat Malaysia tidak dibenarkan masuk ke Singapura bagi menyaksikan perlawanan Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Myanmar pada 23 November lepas tidak diketahui.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, pihak berkuasa Singapura memberi alasan itu hak mereka untuk menentukan siapa yang dibenarkan masuk.

“Kita akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengetahui jika individu tersebut mempunyai kes jenayah sehingga tidak dibenarkan memasuki Singapura,” katanya dalam sidang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di Sepang hari ini.

Beliau telah mengutus surat kepada pihak berkuasa Singapura bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.

Katanya selepas ini pihaknya akan menghantar nota susulan untuk mengetahui punca tiga individu itu tidak dibenarkan memasuki Singapura serta panduan untuk memasuki negara tersebut bagi menyaksikan sebarang kejohanan pada masa akan datang.

Mengulas lanjut, Khairy berkata seorang daripada tiga individu terbabit turut tidak dibenarkan memasuki Singapura bagi menyaksikan perlawanan antara Singapura dan Malaysia Sabtu lepas.

“Kes ini tidak termasuk segelintir penyokong yang sebelum memasuki Singapura ditahan dan ditanya pelbagai soalan,” tambahnya.

MoU tersebut adalah sebahagian Program Transformasi IKBN bagi membuka kebolehpasaran kerja kepada pelatih institusi itu.

Khairy berkata melalui perjanjian tersebut Petronas akan memilih pelatih yang berkelayakan bagi mengikuti program latihan di Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP).

“Selepas berjaya mengikuti latihan di INSTEP, pelatih IKBN bukan hanya mempunyai sijil kemahiran tetapi sijil Program Teknologi Petroleum 1 (PTP 1) yang melayakkan mereka untuk bekerja dalam bidang minyak dan gas seterusnya menjana gaji yang lebih lumayan,” katanya.

Katanya antara syarikat korporat lain yang telah menandatangani perjanjian dengan IKBN ialah Samsung, Tan Chong Motor Holdings Berhad serta Tune Hotel. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddinpeminat bola
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd