• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Temui Serpihan Bahan Letupan Yang Meletup Di Gurun

oleh Ahmad Albab
26/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis menemui sejumlah besar serpihan bahan letupan yang meletup di sebuah rumah di Taman Ria Mesra, Gurun, sehingga mengakibatkan tiga orang terkorban semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Nashir Ya berkata ada antara objek itu mempunyai tanda yang menunjukkan ia digunakan oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Beliau berkata pihaknya juga menemui sejumlah besar mercun yang diharamkan di bahagian belakang rumah berkenaan.

“Berdasarkan siasatan dan saiz kesan letupan di tempat kejadian menunjukkan letupan kuat itu bukan berpunca daripada silinder gas yang meletup,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4.45 petang semalam, tiga orang terbunuh manakala dua lagi cedera parah dalam kejadian letupan di sebuah rumah di Taman Ria Mesra, Gurun.

Letupan itu mengakibatkan seorang anggota tentera, Ayob Hassim, 34, dari Kem Hobart, Gurun; anak perempuannya berusia lapan tahun Hidayah Ayob serta anak jirannya Afiq Lokman Mohd Sharizal, 5, maut manakala isterinya Sharifah Haslinda Hashim, 30, dan jirannya Zuraida Mat Robete, 30, cedera parah.

Nashir berkata sebelum kejadian, ada saksi mendakwa melihat seorang lelaki yang pada pengetahuannya bekerja sebagai anggota tentera di Gurun, sedang cuba menggergaji benda yang menyerupai bom mortar di bahagian belakang rumahnya.

Beliau berkata pihaknya kini menjalankan siasatan untuk mengenal pasti bagaimana anggota tentera terbabit memiliki bahan letupan tersebut dan tindakannya menggergaji bahan itu.

“Kesan letupan itu juga menyebabkan 40 buah rumah terjejas termasuk 10 buah dilaporkan rosak teruk. Banyak lagi laporan mengenai kecederaan dan kerosakan harta benda akan diperoleh kerana siasatan masih dijalankan,” katanya. – BERNAMA

Tags: letupan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa insiden letupan berlaku di kawasan operasi berhampiran Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)...

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disahkan maut dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd