• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas Tangguh Keputusan Projek LNG Kanada

oleh Ahmad Albab
04/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

VANCOUVER – PETRONAS menangguh keputusannya untuk membina sebuah terminal gas asli cecair (LNG) di Kanada sebagai langkah penyusunan kembali pelaburan globalnya berikutan kejatuhan harga minyak.

Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Shamsul Azhar Abbas berkata kejatuhan harga minyak menjejaskan unjuran pulangan projek gas asli cecair Pacific North-West (PNW LNG) di British Columbia.

Kos keseluruhan projek bernilai AS$32 (RM110) bilion itu perlu dipertimbangkan semula dan dikurangkan sebelum satu keputusan muktamad dibuat.

“PETRONAS berharap semua faktor yang tertangguh akan dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Langkah ini penting berdasarkan persekitaran pasaran kini semakin mencabar,” katanya merujuk kepada risiko terlepas peluang memperoleh kontrak jangka panjang bagi pembekalan LNG Amerika Syarikat (AS).

PETRONAS mengikut langkah BG Group Plc untuk menangguhkan rancangan pembinaan terminal LNG di Kanada apabila dagangan minyak mencecah paras terendah lima tahun, manakala projek di AS dan Australia kini sedang dalam pelaksanaan.

Berdasarkan laporan sebelum ini, PETRONAS dan beberapa gergasi minyak dan gas (O&G) termasuk Royal Dutch Shell Plc serta Chevron Corp mempertimbangkan untuk mengeksport gas dari Kanada khusus untuk memenuhi lonjakan permintaan gas asli cecair di Asia.

PNW LNG, yang dikuasai secara majoriti oleh PETRONAS dijadualkan beroperasi menjelang 2019. – Bloomberg

Tags: petronas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas memaklumkan bahawa bekalan bahan api di semua stesen minyaknya di seluruh negara mencukupi sehingga hujung Jun...

Isham Jalil Persoal Keuntungan Tambahan Petronas, Rakyat Berhak Tahu

Isham Jalil Persoal Keuntungan Tambahan Petronas, Rakyat Berhak Tahu

04/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil mempersoalkan jumlah sebenar keuntungan bersih tambahan yang diperoleh Petronas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd