• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadiahkan Nyawa Buat Insan Memerlukan.. Jadilah Pengikrar

oleh AK-47
29/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sharing is caring, satu analogi yang selalu disebut bagi menggambarkan perkongsian atas dasar cinta, kasih sayang juga kemanusiaan. Namun sejauh mana masyarakat mengaplikasikannya dalam kehidupan rutin terhadap insan lain yang memerlukan?

Mungkin bagi sesetengah individu, mereka berkongsi melalui bantuan kewangan dan ada juga yang memilih untuk hulurkan pertolongan dalam bentuk tenaga dan harta-benda.

Namun sebenarnya, terma perkongsian memiliki takrifan lebih luas dan kompleks. Salah satu cara berkongsi yang jarang sekali diketahui adalah pendermaan organ.

Pendermaan organ yang pernah jadi taboo dalam masyarakat, hingga ia jarang diperkatakan, adalah proses memindahkan organ dan tisu daripada penderma yang masih hidup atau telah meninggal dunia kepada individu lain yang mengalami kegagalan organ tahap akhir.

(BACA: Selebriti Malaysia Bersatu Hati Menyokong Kempen Derma Organ)

Di Malaysia, cuma penderma yang mati otak sahaja boleh mendermakan organ dan tisu mereka kepada individu memerlukan. Manakala yang meninggal dunia secara biasa (jantung terhenti) hanya layak untuk mendermakan tisu.

Bagi memindahkan organ mahupun tisu, doktor pakar yang terlibat akan melakukan proses secara steril (sucihama) dan ia tidak akan meninggalkan sebarang kecacatan pada jasad penderma.

Organ dan tisu yang boleh didermakan jika ia berada dalam kondisi baik adalah jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, mata/ kornea, injap jantung, tulang dan kulit.

organ

Tahukah anda, penderma organ termuda di Malaysia berusia cuma 25 hari? Ya, dan setakat ini, warga emas berumur 82 tahun menjadi individu tertua memberi bantuan tersebut.

Mengikut undang-undang di Malaysia, kanak-kanak dan individu kurang upaya mental tidak dibenarkan menderma organ semasa mereka masih hidup.

Banduan juga tidak dibenarkan, namun terdapat kelonggaran jika ahli keluarga terdekat mereka yang memerlukan organ atau tisu tersebut.

Namun demikian, bagi individu yang menghidapi penyakit seperti HIV, Hepatitis B dan C serta Sifilis, mereka langsung tak dibenarkan melakukan pendermaan bagi mengelak penyakit berbahaya tersebut merebak ke pihak yang menerima organ.

Kurang Sambutan Kaum Melayu

Menurut statistik dikeluarkan Unit Perkhidmatan Transplan & Pusat Sumber Transplan Nasional, pada 2013 terdapat cuma 20 hingga 30 penderma yang melakukan pendermaan.

Daripada jumlah itu masyarakat Cina mencatat jumlah teramai, disusuli India dan Melayu.

senarai menunggu organSuatu yang harus diketahui, prosedur pendermaan organ dijalankan cukup teliti dan hati-hati kerana ia bukan sahaja melibatkan penderma dan penerima, tetapi juga sensitiviti ahli keluarga mereka.

Bermula dengan mengenalpasti individu berpotensi sebagai penderma hinggalah berjaya mendapat keizinan pelbagai pihak; barulah organ atau tisu dipindahkan kepada penerima di pusat-pusat transplantasi.

Infografik di bawah menunjukkan prosedur pendermaan organ secara terperinci:

proses2 (1)

3 Jenis Pendermaan Organ

Terdapat tiga kategori pendermaan organ iaitu pendermaan organ selepas kematian, pendermaan organ sebelum kematian dan pendermaan tisu.

Pendermaan organ selepas kematian amat digalakkan kerana ia tidak libatkan sebarang risiko kesihatan terhadap penderma. Di samping itu, pelbagai jenis organ dan tisu dapat disumbangkan kerana penderma yang telah meninggal dunia tidak lagi memerlukannya.

Bagi penderma masih hidup pula, mereka masih boleh melakukan prosedur tersebut, namun terdapat had yang perlu dipatuhi bagi memastikan ia tidak bahayakan nyawa mereka.

Penderma yang masih hidup hanya boleh dermakan sebahagian daripada hati dan salah satu buah pinggang sahaja.

Di Malaysia, pendermaan organ semasa masih hidup juga hanya sah buat ahli keluarga terdekat iaitu pasangan kembar seiras, ahli keluarga darjah pertama (first degree relative) dan kedua (second degree relative) serta pasangan suami isteri.

Selain itu, kedua-dua pihak iaitu penderma dan penerima akan dipastikan terlebih dahulu memiliki keserasian kumpulan darah dan tisu.

Bagi individu yang memilih untuk jadi penderma tisu, ketahuilah anda boleh menyelamatkan kira-kira 35 pesakit yang memerlukan pemindahan menerusi keputusan mulia ini.

Antaranya mata, yang boleh memulihkan penglihatan pesakit manakala bahagian sklera boleh digunakan bagi proses rekonstruksi mata.

Injap jantung anda mungkin bermanfaat untuk menyambung nyawa bayi yang dilahirkan dengan kecacatan injap, manakala orang dewasa memerlukannya bagi kes injap jantung rosak.

Kulit pula, penting bagi menyelamatkan pesakit yang mengalami kemalangan melecur bahagian tisu, manakala tulang diperlukan sesetengah pesakit yang menghidap barah dan kemalangan.

Derma Organ Dalam Perspektif Islam

Biarpun tahap kesedaran mengenai pendermaan organ sudah semakin meningkat dalam kalangan masyarakat, masih ramai yang was-was mengenainya.

Ada yang menganggap dengan menderma organ tertentu, jasad ‘dipulangkan’ dalam keadaan tak sempurna kepada Pencipta selepas meninggal dunia selain bimbang ia seolah-olah mengubah ciptaan Allah.

Hakikatnya, Jawatankuasa Fatwa Bagi Majlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam mesyuarat yang pertama pada 23 & 24 Jun 1970 telah pun memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung daripada orang mati kepada orang hidup hukumnya harus.

Justeru, tidak ada apa perlu dibimbangkan kerana pendermaan organ merupakan amalan yang cukup mulia kerana ia umpama memberi harapan baru kepada insan memerlukan.

Jadilah Pengikrar Pendermaan Organ Hari Ini!

Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) merupakan sebuah jabatan yang dibentuk khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menyebarkan maklumat tentang pendermaan organ dan transplantasi.

Bagi tujuan ini pihak NTRC telah menjalin kerjasama dengan pelbagai organisasi bukan kerajaan, badan-badan agama, persatuan-persatuan pelajar, badan korporat dan agensi kerajaan serta pihak media bagi memberi penerangan melalui ceramah, kaunter bergerak, kempen, forum, temubual dan sebagainya agar masyarakat lebih maklum.

Pada masa sama, usaha ini diharap dapat menarik lebih ramai pengikrar untuk pendermaan kadaverik (selepas kematian).

logo-ntrc1

NTRC turut berfungsi sebagai pusat pendaftaran pengikrar penderma organ dan tisu serta menyimpan pengkalan data tentang bakal penderma.

Pendaftaran boleh dilakukan dengan melayari laman web www.dermaorgan.gov.my atau hubungi talian NTRC di talian 03-26810681/26810682 atau talian bebas tol 1800-08-9080. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DERMAkesihatanorgan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden memaklumkan kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin kini menunjukkan...

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd