• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tingkatan 6 Pakaian Bebas Mulai Sesi 2015

oleh
25/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Setelah sekian lama berteka-teki, Kementerian Pendidikan akhirnya mengesahkan bahawa pelajar Tingkatan 6 diizin memakai pakaian tradisonal atau pakaian lain, sebagai sebahagian daripada kod pakaian baharu musim persekolahan 2015.

Mereka juga dibenarkan memakai baju batik di bawah langkah transformasi kementerian untuk “menjenamakan semula” sistem pendidikan Tingkatan 6, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof kepada pemberita semalam.

Ekoran perubahan itu, pihak sekolah tidak lagi boleh mengarahkan pelajar Tingkatan 6 mengikut pakaian standard, malah pelajar lelaki mulai sesi 2015 akan dibenarkan memakai baju dan seluar warna cerah tetapi tidak boleh ada corak bunga atau rekaan lain.

“Walaupun mereka bebas untuk memilih warna baju mereka, tetapi ia perlu pastikan tidak mempunyai corak, namun baju yang bercorak belang atau berpetak dibenarkan,” katanya sebagai mengulas pekeliling terbaharu kod pakaian kepada semua sekolah menengah.

Walaupun tidak dinyatakan di dalam arahan itu, pelajar Tingkatan 6 masih boleh memakai uniform sedia ada manakala panjang seluar perlu melebihi buku lali dan tidak ketat selain dibenarkan memakai tali pinggang tetapi saiz ‘buckles’ tidak boleh lebih lima sentimeter.

Dr. Khair berkata, walaupun ada kelonggaran di bawah peraturan baru, pelajar dilarang daripada memakai mana-mana pakaian yang diperbuat daripada bahan denim manakala pelajar perempuan juga akan dibenarkan memakai seluar panjang selain baju kurung.

Mereka juga akan dibenarkan memakai blaus berlengan, gaun labuh, skirt yang melebihi paras lutut, tetapi seluar jenis jeans, seluar kargo, seluar pendek atau celana ketat tidak dibenarkan sama sekali sama ada untuk semua pelajar lelaki dan perempuan.

“Pelajar masih dilarang memakai baju-T jika datang ke kelas, bahkan pelajar perempuan tidak dibenar memakai pakaian ketat dan pelajar lelaki wajib memakai kasut dan stoking manakala perempuan hanya boleh memakai kasut menutupi kaki mereka,” jelasnya.

Ini bermakna selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan manakala bagi aktiviti luar, pelajar digalak memakai seluar panjang atau seluar trek dan baju-T lengan panjang atau pendek tanpa imej politik, ganas, kesat atau apa-apa yang dianggap negatif.

Pembaharuan kod pakaian itu pernah diumumkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2012 sebagai usaha menambah baik sistem pendidikan Tingkatan 6 untuk menjadi setaraf pra-universiti atau matrikulasi.

Tags: kementerianpakaianpelajarPendidikanSekolah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

“Saya Dah Pernah Laluinya” – Ahmad Idham Dakwa Tahu ‘Mainan Halus’ DAP

“Saya Dah Pernah Laluinya” – Ahmad Idham Dakwa Tahu ‘Mainan Halus’ DAP

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penerbit dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri mendakwa terdapat ‘mainan halus’ yang dilakukan oleh DAP ketika menerajui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd