Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah membuka Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang sebagai Pusat Penerimaan Bekalan Makanan Mangsa Banjir.
Pusat itu akan beroperasi selama 24 jam.
Menurut sumber, sumbangan mana-mana pihak boleh dihantar ke pusat tersebut pada sebilang masa.
Untuk urusan penghantaran sila hubungi Pusat Operasi Pertahanan di talian 03-2698 5414 dan 03-2694 5435 atau Ketua Staf Markas Tentera Darat Mejar Jeneral Datuk Mazelan Kasap di talian 019-2360513 atau Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan Laksamana Muda Datuk Anuwi Hassan di talian 019-6648981.
Hari ini keadaan banjir di negeri di Pantai Timur di Kelantan, Pahang dan Terengganu dilihat semakin buruk dengan mangsa banjir secara keseluruhannya sudah pun mencecah lebih 100,000 orang.
Negeri Johor pula sudah mula terjejas dengan ada mangsa yang dipindahkan di daerah Kluang dan Muar selepas dinaiki air hari ini. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU KÂÂ

