• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Harap Ketua Pembangkang S’gor Diputuskan Sebelum Mac

oleh Ahmad Albab
14/12/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berharap jawatan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor yang baharu diputuskan selewat-lewatnya sebelum persidangan dewan dijadual Mac tahun depan.

Mohamed Azmin berkata jawatan Ketua Pembangkang sewajarnya diisi segera memandangkan jawatan itu mempunyai tugas penting semak dan imbang terhadap pentadbiran kerajaan negeri.

“Adalah penting bagi Barisan Nasional (BN) membuat keputusan tepat (mengenai jawatan ketua pembangkang) demi kepentingan rakyat Selangor.

“Kami dari Pakatan Rakyat (PR) mahu perkara mengenai jawatan ini diberi perhatian serius bagi memastikan demokrasi terus subur di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘Kembali ke Sekolah’ di sini hari ini.

Mohamed Azmin yang juga timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat mengulas peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong dari BN Datuk Mohd Shamsuddin Lias sebagai ketua pembangkang Selangor.

Ini berikutan keengganannya menerima pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Selangor sebagaimana menurut peraturan tetap DUN Selangor yang baru dipinda. – BERNAMA

Tags: Azmin AliKerajaan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd