• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Matador Wanita Terselamat Ditanduk 2 Kali

oleh Ahmad Albab
31/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Mexico City – Seorang matador wanita terselamat walaupun ditanduk dua kali oleh lembu jantan sama yang cuba dibunuhnya di gelanggang laga lembu di sini, kelmarin.

Lembu jantan seberat 495 kilogram, Gamusino, menanduk Karla de los Angeles hingga dia melambung di Plaza de Toros de Mexico.

Karla dirawat pasukan perubatan sebelum masuk semula ke gelanggang apabila dia sekali lagi ditanduk oleh Gamusino.

Menurut laporan, matador terbabit mengalami luka sedalam 11.9 sentimeter dan 9.9 sentimeter pada paha dan pinggulnya dalam pertarungan berkenaan.

Dua pembantu Karla dan seorang petani juga dirodok selepas lembu berkenaan melompat keluar dari gelanggang.

Seorang daripada mereka dikatakan cedera teruk.

Kira-kira 5,000 penonton menyaksikan perlawanan itu.

Bercakap kepada wartawan, Karla berkata: “Saya kecewa kerana tidak dapat memotong telinganya dan membunuh lembu kedua.”

Buat kali pertama, acara tahunan laga lembu selama 10 hari itu membenarkan penyertaan tiga matador wanita tempatan. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=x4WXIWuceA4

Tags: mexicoWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd