• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

M’sia Banjir.. Harga Ikan, Sayur Di S’pura Jadi Mahal

oleh
23/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Musim tengkujuh selain laut bergelora yang melanda beberapa buah negeri khasnya di Pantai Timur Semenanjung menyebabkan bekalan sayur-sayuran dan ikan jatuh mendadak di pasaran Singapura sejak minggu lalu, lapor media tempatan semalam.

Pemborong di beberapa pasar basah tempatan mendakwa, kekurangan ketara bekalan makanan segar terbabit turut menyebabkan harga melonjak tinggi sehingga mereka terpaksa mengimport dari China, Hong Kong dan Taiwan yang kos jauh lebih mahal.

Seorang peniaga ikan, Leung Teng Foo berkata, harga ikan naik daripada S$4 (RM11) sekilogram kepada paras tertinggi dalam sejarah iaitu mencecah S$7 (RM19) sekilogram ekoran stok bekalan dari Malaysia kurang lebih 30 peratus beberapa hari lalu.

“Saya dimaklumkan tidak ramai nelayan mahu mengambil risiko turun ke laut ekoran cuaca buruk termasuk angin ribut manakala kerajaan Malaysia sekarang mengurangkan eksport bagi memenuhi permintaan besar pasaran domestik terlebih dulu,” katanya.

Turut terjejas teruk bekalan sayur dan seorang peniaga, Annie Woo berkata, hujan lebat walaupun ada kebun tidak mengalami banjir tetapi ia menyebabkan banyak sayur rosak sedangkan peraturan ketat pemerintah Singapura melarang sayur rosak dijual di pasar.

“Kami tidak boleh jual sayur buruk di Singapura kerana ia melanggar standard tempatan malah pelanggan termasuk warga asing pun enggan beli sayur rosak… untuk jangka pendek kami kena import dari China dan negara jirannya walaupun harga mahal,” katanya.

Rakyat Singapura dilaporkan lebih gemar membeli sayur dan ikan dari Malaysia kerana harga lebih murah dan berkualiti bahkan, setiap hujung minggu, pasar-pasar tani dan basah sekitar Johor Bahru menjadi tumpuan warga Singapura membeli-belah barang dapur.

Namun kekurangan bekalan tidak meningkatkan harga terlalu tinggi dan para peniaga mendakwa, situasi masih lagi terkawal kerana ramai rakyat Singapura masih pergi melancong di luar negara khasnya Malaysia sempena cuti panjang akhir tahun. – Agensi

Tags: BanjirIkanMalaysiasayurSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd