• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 9,000 Banduan Peroleh Perintah Parol Sejak 2008

oleh Ahmad Albab
09/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Sebanyak 9,390 banduan memperoleh perintah parol sejak sistem itu dilaksanakan di negara ini pada 2008, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 454 banduan memperoleh perintah parol untuk tempoh antara 1 Jan hingga 5 Dis tahun ini dan 8,758 banduan yang selesai menjalani perintah parol itu telah dibebaskan.

“Bagaimanapun 155 orang dibatalkan perintah parol mereka disebabkan perlanggaran syarat perintah parol,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Outreach anjuran Jabatan Penjara di Penjara Sungai Udang di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional) Datuk Hassan Sakimon serta Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Jabatan Penjara Melaka Zalina Mohd Yunus.

Parol adalah sistem pelepasan seseorang banduan untuk menjalani mana-mana bahagian hukuman pemenjaraannya di luar penjara menurut peraturan yang ditetapkan sesuatu Perintah Parol.

Alwi berkata banduan yang layak dipertimbangkan untuk perintah parol ialah banduan yang tidak melibatkan hukuman berat seperti gantung sampai mati dan penjara seumur hidup serta kesalahan serius seperti melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan kesalahan seksual.

Beliau berkata kewujudan parol dapat membantu banduan menyesuaikan diri dengan masyarakat serta dapat memberikan keyakinan kepada mereka untuk menjalani kehidupan lebih baik selepas tamat tempoh pemulihan.

Zalina berkata 285 banduan di Melaka, memperoleh perintah parol sejak 2008.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, 278 banduan berjaya mematuhi perintah parol dan kembali ke pangkuan keluarga. – BERNAMA

Tags: Penjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd