• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khalid Ibrahim Nafi Dakwaan Beli Undi Oleh Bekas MP Kapar

oleh Ahmad Albab
31/12/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan oleh bekas MP Kapar S. Manickavasagam tentang pembelian undi semasa pemilihan dalam PKR pada Mei tahun ini.

Abdul Khalid berkata dakwaan itu secara tidak adil menyerang integritinya selaku calon dalam pemilihan itu dan beliau kini mengeluarkan kenyataan untuk menjerlas kedudukan itu.

Beliau berkata wang RM30 dan RM20 yang disebut sebenarnya elaun makan dan pengangkutan diberikan kepada sukarelawan dalam pengendalian proses pemilihan.

Beliau berkata Bernama telah melaporkan pada 11 Mei, 2014, mengenai pemilihan PKR menerusi dua artikel berjudul “”Kuala Selangor PKR Division election called off” dan “Calon Ketua Bahagian PKR Dakwa Khalid Ibrahim Amal Politik Wang” yang mengulangi dakwaan Manickavasagam yang beliau (Abdul Khalid) telah merasuah pengundi supaya mengundi beliau, kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan di sini.

Berikut kenyataan penuh dikeluarkan Abdul Khalid mengenai perkara itu:

Kenyataan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim berhubung dakwaan oleh S. Manickavasagam mengenai politik wang diterbitkan Bernama pada 11 Mei, 2014.

1. Pada 11 Mei, 2014, Bernama melaporkan pemilihan dalam Parti Keadilan Rakyat menerusi dua artikel bertajuk “Kuala Selangor PKR division election called off” dan “Calon Ketua Bahagian PKR Dakwa Khalid Amal Politik Wang” yang mengulangi dakwaan S. Manickavasagam yang saya telah merasuah pengundi untuk mengundi saya.

2. Saya sesungguhnya menafikan dakwaan liar ini oleh S. Manickavasagam dan menghargai usaha Bernama membolehkan saya membuat penjelasan.

3. Jumlah RM30 dan RM20 yang disebut sebenarnya elaun makan dan pengangkutan diberikan kepada sukarelawan dalam pengendalian proses pemilihan.

4. Dakwaan itu secara tidak adil menyerang integriti saya selaku calon dalam pemilihan itu dan saya yakin kenyataan ini dapat menjelaskan isu berkenaan.

Bertarikh 10hb Disember 2014.

TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM – BERNAMA

Tags: Kerajaan SelangorKhalid Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harga Minyak Turun: Peniaga Diminta Turunkan Harga Barang

Next Post

Berita Palsu Banjir: SKMM Akan Panggil 14 Individu Lagi

Related Posts

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

16/03/2023
0

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor merekodkan RM60.1 bilion pelaburan membabitkan pelbagai sektor termasuk perkilangan dan perkhidmatan sepanjang tahun lalu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Caj Plastik 20 Sen Dibelanjakan Untuk Program Kelestarian Alam Sekitar

Caj Plastik 20 Sen Dibelanjakan Untuk Program Kelestarian Alam Sekitar

07/12/2022
0

SHAH ALAM: Kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha, termasuk pembersihan sungai, pemberian beg kitar semula dan penamaan pokok menggunakan hasil kutipan...

Next Post

Berita Palsu Banjir: SKMM Akan Panggil 14 Individu Lagi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd