• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Kit Siang Perlu Ditujukan Kepada PAS

oleh Ahmad Albab
10/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa ada perkara yang tidak berjalan lancar dalam Pakatan Rakyat (PR) perlu ditanyakan kepada PAS,” kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Kenyataan tersebut adalah lebih baik sekiranya ditanyakan sendiri kepada PAS, kerana PKR dan DAP tidak mempunyai sebarang masalah komunikasi. Namun komunikasi dengan Presiden PAS mungkin boleh diperbaiki,” kata Dr Wan Azizah pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini pada Rabu.

Beliau bagaimanapun mengakui pimpinan tertinggi PR perlu mengadakan pertemuan dengan lebih kerap.

“Saya fikir ini salah satu cara agar PR mengadakan mesyuarat lebih kerap. Kita perlu konsensus dan kerjasama serta perlu berkongsi prinsip yang sama, ini akan membolehkan kita bersaing dengan lebih baik dengan Barisan Nasional. Jika kita tidak bersatu, kita tidak boleh mendekati pengundi dengan lebih baik,” katanya.

Dalam entri terbaru di blognya pada Isnin, Lim berkata mesyuarat perlu diadakan lebih kerap untuk memperkukuhkan polisi bersama dan prinsip kerjasama mereka.

“Jika anda tanya saya sama ada Pakatan Rakyat mampu bertahan untuk bersaing dalam Pilihan Raya Umum ke-14, saya tidak mempunyai jawapan kerana saya tidak tahu,” katanya.

Lim berkata kerangka polisi dan prinsip kerjasama PR merupakan kunci yang menyelamatkan parti campuran itu.

Sementara itu, Dr Wan Azizah turut mengumumkan pengerusi badan perhubungan negeri PKR yang baharu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang berkata, PKR komited menentang politik rasis dan sentimen agama.

Dr Wan Azizah turut menambah Syed Ibrahim Syed Noh telah dilantik sebagai Ketua Penerangan PKR yang baharu sementara Brigadier General (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab pula dipilih sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin yang baharu.
Berikut ialah pengerusi badan perhubungan negeri yang baharu:
> Muhammad Fisol Abd Rahman (Perlis)

> Dr Azman Ismail (Kedah)

> Dr Idris Ahmad (Wilayah Persekutuan)

> Aminuddin Harun (Negeri Sembilan)

> Datuk Fauzi Abd Rahman (Pahang)

> Azan Ismail (Terengganu)

> Abd Aziz Kadir (Kelantan)

> Datuk Lajim Ukin (Sabah)

> Baru Bian (Sarawak)

> Datuk Dr. Mansor Hj Othman (Pulau Pinang)

> Mohd Nur Manuty (Perak)

> Shamsul Iskandar Mohd Akin (Melaka)

> Hassan Karim (Johor), dan

> Mohamed Azmin Ali (Selangor) – mStar Online

Tags: Lim Kit Siang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Anwar Nafi DAP ‘Tidak Melayu’, Abdul Hadi Tandatangan Dokumen Pakatan Rakyat

PMX Anwar Nafi DAP ‘Tidak Melayu’, Abdul Hadi Tandatangan Dokumen Pakatan Rakyat

15/07/2026
0

KUALA PILAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pihak yang mendakwa DAP 'tidak Melayu' sambil mengingatkan tentang dokumen...

Sheikh Umar Kenang Sentuhan Lim Kit Siang Di Paloh

Sheikh Umar Kenang Sentuhan Lim Kit Siang Di Paloh

10/07/2026
0

KLUANG – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mengimbau sumbangan veteran DAP, Lim Kit Siang membuka laluan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd