• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jokowi Panjat Menara Tinjau 18 Meter Tengok Malaysia

oleh
16/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih mesra disebut Jokowi mencipta kejutan apabila sempat meninjau pemandangan panorama Malaysia langsung dari menara tinjau sempadan setinggi 18 meter di Pulau Sebatik, wilayah Kalimantan Timur hari ini.

Terus dari menara kayu tersebut membolehkan Jokowi membuat perbandingan di pulau besar Borneo itu yang dibahagi dua dengan kawasan utara dimiliki Malaysia melalui pentadbiran Tawau, Sabah manakala zon selatan dikuasai pemerintah Indonesia.

Jokowi tanpa bantuan pengawal meniti satu demi satu anak tangga menara tersebut dan berkesempatan menemui dua anggota Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI AL) lengkap dengan senjata berat yang bertugas mengawal 24 jam di pos tertinggi itu.

Jokowi sempat bertanya khabar dua anggota tersebut selain berpeluang mengetahui situasi keselamatan dari pos menara itu yang dibina di atas permukaan air laut manakala di bahagian bawahnya terdapat sebuah pondok kecil dengan jeti untuk bot kecil berlabuh.

Terdahulu, beliau tiba dengan menaiki helikopter Super Puma milik TNI Angkatan Udara selamat mendarat di padang bola Pos Marinir Sei Bajo, Pulau Sebatik sebelum diserbu ratusan penduduk yang sabar menunggu kadatangan Jokowi sejak awal pagi lagi.

Rombongan beliau dialu-alukan para pelajar dan guru di kiri kanan jalan sambil mengibar bendera Indonesia ketika menuju ke menara tinjau itu yang terletak di Pos Perbatasan Sei Pancang atau Patok 1 sejauh lima kilometer dan mengambil masa 25 minit perjalanan.

Dari menara itu, Jokowi mampu melihat bandar Tawau di Malaysia sebelum beliau bersama isteri, Iriana meneruskan acara seterusnya melawat sekolah menengah paling hujung di utara Indonesia, SMP Negeri 1 Sebatik yang bersempadan dengan Malaysia. – Agensi


Tags: IndonesiaJokowiMalaysiamenaraSebatikTawauTNI
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Reformasi Pengiktirafan UEC Terlalu Perlahan – Pengerusi DAP Johor

Reformasi Pengiktirafan UEC Terlalu Perlahan – Pengerusi DAP Johor

29/06/2026
0

JOHOR BAHRU - DAP mengakui reformasi proses pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) di Malaysia masih perlahan. Pengerusi DAP Johor, Teo...

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd