• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Ambil Ramai Pemain Kebangsaan Musim Depan

oleh Ahmad Albab
30/12/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Juara Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) memperkukuhkan statusnya dengan membawa masuk tujuh pemain baharu yang rata-ratanya merupakan pemain kebangsaan bagi menghadapi Liga Malaysia 2015.

Skuad bimbingan Bojan Hodak ini kini mendapat khidmat Gary Steven Robbat, Farizal Marlias, S.Kunanlan, S. Chanturu, Fandi Othman, Mohd Amer Saidin dan Junior Eldstal.

Selain muka baharu, barisan sedia ada turut dikekalkan iaitu Mohd Amri Yahyah, Safee Sali, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mahali Jasuli, Asraruddin Putra Omar, Mohd Fadhli Shas, Daudsu Jamaluddin, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Al-Hafiz Hamzah, Safiq Rahim, Shakir Shaari, Jazsarin Jamaluddin, Nazrin Nawi dan Amirul Hadi Zainal.

Keempat-empat pemain import Luciano Figueroa, Jorge Pereyra Diaz, Marcos Antonio dan Harris Harun turut dikekalkan.

Barisan 25 pemain Harimau Selatan diumumkan sempena majlis pelancaran jersi baharu JDT di sini malam tadi.

Turut berangkat ke majlis itu Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pengumuman nama Gary mengenepikan spekulasi yang pemain tengah Harimau Malaya ini akan bermain dengan juara Piala Malaysia musim ini, Pahang selain pasukan negeri kelahirannya,Kedah.

Gary memberitahu pemberita kemudiannya beliau memilih JDT kerana mahu mempertingkatkan dirinya selain menimba pengalaman.

“Ini juga adalah untuk masa depan saya. Saya sudah pilih pasukan ini dan urusan (spekulasi) sudah selesai,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=-5eASv-u2Ig

Tags: JDT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail memaklumkan bola keranjang bakal menjadi projek...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd