• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalan Kuala Slim Ditutup Ekoran Tanah Runtuh

oleh Ahmad Albab
03/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH (Perak) – Jalan Kuala Slim ke Felda Besout serta kawasan di sempadan negeri Selangor, dekat Slim River ditutup kepada kenderaan berat ekoran kejadian tanah runtuh di Batu 4, Kuala Slim malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zain Mohd Saedin berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 8.23 malam tadi dan setakat ini keadaan di kawasan kejadian tidak berubah.

“Pemantauan pagi ini mendapati pergerakan tanah tidak lagi berlaku namun situasi itu masih bahaya, bahagian tepi laluan masih ada keretakan tanah dan ia boleh merebak,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga mendapati ada paip air pecah di bahagian bawah tepi laluan itu kerana air masih keluar.

Kawasan yang terjejas adalah sepanjang 34 meter, selebar lapan meter dan tanah menggelungsur ke bawah sedalam 45 meter, katanya.

Pemantauan di kawasan kejadian masih dilakukan oleh pihaknya, anggota Jabatan Sukarelawan, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kerja Raya (JKR), katanya.

Md Zain berkata laluan itu akan dibuka selepas JKR mengambil tindakan membaikinya dan memastikan ia selamat untuk digunakan kepada semua kenderaan. – BERNAMA

Tags: jalan tutupPerak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

03/09/2026
0

IPOH - Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang Perak 2026 akan diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan kepada ketua kampung yang menunjukkan prestasi...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd