• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Malaya Perlu Sokongan Padu Rakyat – KJ

oleh Ahmad Albab
19/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seluruh rakyat Malaysia perlu terus memberikan sokongan padu untuk skuad Harimau Malaya yang bakal memikul tugas berat dalam aksi perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata bagi mereka yang tidak berada di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini, meraka masih berperanan sebagai ‘pemain ke-12’ untuk memberi sokongan ketika menonton di televisyen.

Beliau tetap percaya semangat yang ada pada para pemain skuad Harimau Malaya mampu melakukan keajaiban selepas skuad bimbingan Dollah Salleh itu membuktikan kebangkitan mereka pada perlawanan peringkat kumpulan dan separuh akhir.

“Saya percaya kepada semangat pasukan kita. Sama ada itu keajaiban atau tidak, saya percaya kepada semangat sebab kalau kita tengok, sudah tentu 2-0 lebih teruk daripada 2-1, tetapi kita kejar dengan Vietnam, pasukan yang jauh lebih baik daripada kita.

“Kita mahu lakukan perkara mustahil. Sudah dua kali kita tunjuk kita boleh bangkit daripada dua keadaan yang sukar. Jadi, jangan putus asa dengan pasukan Dollah ini,” kata Khairy kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) di ibu negara, Khamis.

Malaysia tewas 0-2 kepada Thailand dalam perlawanan akhir pertama di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand Rabu malam menerusi jaringan sepakan penalti Charyl Yannic Chappuis pada minit ke-71 dan Kroekrit Thawikan pada minit ke-82.

Tinjauan BERNAMA, Khamis mendapati para peminat bola sepak tanah air masih membeli tiket di kaunter yang mula dibuka pada pukul 9 pagi Khamis, manakala penyokong yang membeli menerusi dalam talian dilihat menebus tiket di Stadium Putra.

Para peniaga juga kelihatan di perkarangan stadium menjual jersi dan mafla Harimau Malaya. – BERNAMA

Tags: Harimau MalayaKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd