• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Malaya Perlu Menang Selesa

oleh Ahmad Albab
07/12/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Skuad Harimau Malaya perlu mencipta kemenangan selesa pada pertemuan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 berdepan Vietnam di Stadium Shah Alam, esok.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata anak buah Dollah Salleh itu perlu menang sekurang-kurangnya dengan jaringan 2-0 sebagai bekalan selesa sebelum beraksi di tempat lawan untuk separuh akhir kedua pada 11 Dis.

“Saya harap kemenangan selesa di Shah Alam esok, sebab kita hendak membawa keputusan selesa ke Hanoi, Vietnam. Strateginya, biar mereka kejar kita di tempat lawan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi panelis pada majlis #kata kita Townhall “Keharmonian Kaum”, bersama-sama pengamal undang-undang, JR Tey, di sini hari ini.

Khairy berkata kemenangan selesa Harimau Malaya esok akan memberi tekanan terhadap pasukan Vietnam untuk beraksi cemerlang pada separuh akhir kedua di Hanoi.

“Biar tekanan itu kepada mereka dan bukan kita. Jika kita hendak memberi tekanan kepada mereka, pastikan esok kita memperoleh kemenangan selesa sekurang-kurangnya 2-0,” katanya.

Beliau juga berharap pintu gol negara tidak dibolosi berikutan peraturan bahawa jaringan gol di tempat lawan memberi kelebihan kepada Vietnam.

Menteri Belia dan Sukan itu mahu kalendar sukan Malaysia tahun ini, ditutup dengan cemerlang menerusi kejayaan skuad Harimau Malaya menjulang Piala AFF Suzuki 2014, sekali gus mengulangi pencapaian empat tahun lepas. – BERNAMA

VIDEO SAMPINGAN:

Tags: Harimau MalayaKhairy Jamaluddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd