Moscow – Gantikan gincu bibir dengan ubi bit. Itu nasihat yang diberikan oleh seorang ahli politik di Rusia kepada kaum wanita di negara berkenaan krisis ekonomi semakin menghimpit Rusia.
Senator dari Siberia, Igor Chernishev berkata, selain menjadi alternatif kepada alat solekan yang diimport, ubi bit juga akan menjadikan kaum wanita lebih asli kerana menggunakan sumber asli.
“Kaum wanita boleh hidup tanpa gincu, kaum lelaki suka kepada wajah yang asli.
“Tetapi jika mereka mahu menggunakan solekan, tiada masalah kerana mereka boleh menggunakan ubi bit. Ia asli dan tiada bahan kimia masuk ke dalam badan,’’ demikian tulisnya dalam satu blog.
Senator Igor turut menjelaskan, kaum wanita di Rusia juga tidak perlu membeli celana dalam yang diimport sebaliknya mereka tampak menarik dengan seluar dalam buatan Moscow.
Nasihat itu diberikan selepas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memberikan amaran kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin bahawa Rusia berada dalam krisis ekonomi terbesar, susulan krisis di Ukraine yang menyaksikan Moscow memberikan sokongan kepada puak pemisah.
https://www.youtube.com/watch?v=LxjV8vDr1tc

