Mulut orang, sememangnya kita tak boleh nak tutup untuk memuaskan hati semua orang.
Rasa-rasanya semua masyarakat kita pernah mengalami dilema bila ditanya soalan-soalan ‘jarum’ ini.
Iyelah, jika kita bila bujang orang menanya bila mahu kahwin, bila dah kahwin pula kene menjawab bila mahu menimang cahaya mata.
Alahai, soalan-soalan seperti inilah yang sebenarnya menimbulkan perasaan sedih kepada yang ditanya.
Agaknya mereka lupa ke yang soal jodoh dan rezeki ini ketentuan Ilahi?
Inilah yang juga terjadi kepada pasangan selebriti terkenal, Fouziah Gous dan suaminya, Zhafran yang sudah sah bergelar suami isteri sejak 14 bulan lalu.
Pastinya, Fouziah Gous tidak lari daripada ditanya soalan berkaitan anak hingga dia sendiri mengakui ada kalanya sedikit merimaskan bila soalan zuriat diutarakan.
Menurut petikan Harian Metro, Fauziah Gous menjelaskan yang dia dan suaminya sedang saling belajar mengenali satu sama lain dan mereka tidak merancang untuk mempunyai cahaya mata dalam waktu terdekat.
“Tempoh setahun ini hidup berdua sebagai suami isteri adalah saat terbaik untuk kami saling belajar dan mengenali lebih dekat diri pasangan. Itu juga antara sebab mengapa kami kini tidaklah terburu-buru untuk mempunyai cahaya mata.
“Saya dan suami percaya soal anak adalah ketentuan Tuhan. Insya-Allah, kami tak akan sorokkan berita baik itu dari peminat bila sampai masanya,†ujar Fauziah Gous. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : KAKAK BUNGA
Majlis Pernikahan Fouziah Gous & Zhafran



