• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Ada Hati Perut! Sebar Fitnah Mayat Bergelimpangan

oleh AK-47
28/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Tak dapat difahami tujuan sesetengah individu yang tergamak menyebarkan fitnah melampau berkenaan situasi banjir yang dihadapi negara ketika ini.

Sejak semalam, tersebar petikan perbualan Whatsapp di laman sosial kononnya, banyak mayat mangsa banjir ditemui bergelimpangan di sebuah negeri di Pantai Timur.

Selain mendakwa ramai penduduk mati akibat lemas dan kelaparan, petikan Whatsapp tersebut menyatakan, berita televisyen tak akan melaporkan perkara dahsyat itu kepada umum.

Turut dihebahkan, kononnya bantuan makanan yang diberikan melalui helikopter hanya dicampak membuatkan penduduk yang kelaparan terpaksa berebut untuk mengambilnya.

MENARIK – BANJIR – Benarkah Sampai 10 Orang Mati Lemas Di Kuala Krai

Petikan skrin aplikasi laman sosial Facebook
Petikan perbualan Whatsapp yang tersebar di laman sosial Facebook.

“Ya Allah, ramai rupanya yang mati, yang kat atas bukit tuh mati kelaparan kesejukan, semua mayat tak dapat nak diuruskan. Kesiannya dengar, jalan-jalan lepas tu jumpa mayat budak terbiar, tunggu air surut ni, baru boleh tau ramai mana yang mati, yang kena hanyut air lagi.. berita dalam TV semua tak cakap, Ya Allah derita sungguh, dah lebih dalam keadaan darurat dah – demikian perbualan yang tersebar tersebut.

Semalam, Mynewshub telah menyiarkan penafian oleh Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkenaan berita palsu kononnya 10 orang ditemui mati lemas akibat terperangkap dalam rumah di Guchil, Kuala Krai, Kelantan akibat banjir.

Selain itu, turut dikesan penyebaran khabar angin mengatakan 40 pesakit di Hospital Kuala Krai mati akibat ketiadaan bantuan oksigen.

Individu yang tergamak mereka cerita seperti ini boleh diibaratkan sebagai manusia tiada hati perut kerana tidak memikirkan perasaan ahli keluarga yang sedang bimbangkan nasib keluarga mereka yang terperangkap banjir.

Diharapkan, pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dapat bertindak ke atas golongan yang menyebarkan berita palsu ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Tags: Banjirfitnah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

Onn Hafiz: Jangan Gadai Masa Depan Johor Kerana Fitnah, Hasutan, Janji Bulan Bintang

Onn Hafiz: Jangan Gadai Masa Depan Johor Kerana Fitnah, Hasutan, Janji Bulan Bintang

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz mengingatkan rakyat supaya tidak menggadaikan masa depan Johor dengan terpengaruh kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd