Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Parti Politik Baharu Bukan...

LABUAN - Kemunculan parti politik baharu dalam menuju pilihan raya umum ke-14 (PRU14)...

Mahathir Mohammad Cedera Dibaling...

PERMATANG PAUH - Seorang jurugambar bebas portal berita KL Express, menerima lapan jahitan di...

Emir Qatar Adakan Pertemuan...

PUTRAJAYA - Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani dan Perdana Menteri, Datuk...

Terjemahkan Hasil Penyelidikan Menjadi...

PUTRAJAYA - Penyelidik dan penggubal dasar digesa bekerjasama untuk mengenal pasti hasil penyelidikan...

Dukun Indonesia Sedia Bantu, Dakwa QZ8501 Sangkut Di Karang

JAKARTA – Tragedi pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura semalam turut mendapat perhatian persatuan dukun tempatan profesional apabila mereka hari ini menawarkan diri untuk mencari kapal terbang itu.

Ketua Perdukunan dan Adat Belitung, Mukhti Maarif ketika dihubungi akhbar berpengaruh, Tempo di sini berkata, ekoran lokasi terakhir pesawat jenis Airbus A320 itu hilang terletak di pulau tersebut, mereka bersedia membantu untuk mencari kapal terbang berkenaan.

“Kita siap siaga menolong bersama-sama dengan pihak berkuasa Indonesia yang guna teknologi canggih. Insya Allah posisi pesawat memang diketahui masih dalam wilayah Belitung, baik darat, laut mahu pun udara, dipenuhi hal ghaib,” jelas beliau.

Mukhti namun menjelaskan, para dukun di pulau seluas 4,800 kilometer persegi itu cuma menunggu permintaan secara rasmi dari pemerintah khasnya Badan Search And Rescue Nasional (Basarnas) di Jakarta yang juga agensi penyelaras kecemasan Indonesia.

Badan yang ditubuhkan sejak 1972 itu bertanggungjawab dalam menyelia segala kerja menyelamat mangsa bencana di seluruh Indonesia dan Basarnas biasanya hanya membuat permintaan rasmi kepada dukun tempatan bagi mengelak pandangan serong masyarakat.

Mukhti mengatakan, pencarian secara ghaib mungkin belum dianggap penyelesaian tepat untuk menemui semula pesawat Air Asia itu kerana persepsi masyarakat masih curiga kesahihan kaedah tradisional kecuali untuk berubat akibat ‘buatan’ orang tertentu.


“Hasil pemantauan kami setakat ini mendapati bangkai QZ8501 berada di perairan timur Pulau Nangka, Kabupaten Belitung Timur dan buat saat ini posisi pesawat itu masih di dalam laut dekat kawasan dipenuhi terumbu karang di perairan tersebut,” ujar Mukhti.

Belitung yang dihuni masyarakat Melayu dikenali sebagai Billitton sejak 1812 ketika zaman penjajahan Inggeris dan kemudian Belanda, secara kebetulan mendapat namanya sempena sejenis siput laut dalam dialek tempatan yang banyak di sekitar pulau berkenaan.

Kumpulan dukun profesional tempatan itu percaya, pesawat malang tersebut terhempas akibat kerosakan mesin di dalam kapal terbang tetapi punca kejadian belum lagi dipastikan sama ada kerana faktor cuaca buruk atau kelemahan juruterbang sendiri. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori