Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

4,271 Kes Baru Covid-19,...

Kes Covid-19 di negara ini berada pada tahap 4,677,270 dengan adanya pertambahan 4,271...

Video: Kucing Terpegun Dengan...

VIDEO aksi comel empat ekor anak kucing yang 'khusyuk' menonton kugiran daripada seorang...

Kit Ujian Kendiri Covid-19...

PUTRAJAYA – Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 (Ujian Sendiri) kini diwartakan sebagai barang...

Lisa Surihani Tayang Muka...

SEMUA sudah sedia maklum mengenai hal privasi yang cuba diterapkan pasangan selebriti Lisa...

DAP Desak Pulangkan Buku Kristian Guna Kalimah ‘Allah’

KUALA LUMPUR – DAP menggesa polis Johor memohon maaf kepada paderi Katolik, Father Cyril Mannayagam dari gereja St. Andrew kerana merampas 31 naskhah buku agama Kristian yang menggunakan kalimah “Allah” pada 5 Disember lalu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa, rampasan itu menyalahi undang-undang yang ditetapkan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang telah pun ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 1988 kerana tidak mengikut perlembagaan,

“Krismas hanya seminggu lagi. Pihak polis perlu dididik tentang 10 perkara perjanjian supaya mereka dapat menjadi contoh dalam mempromosikan toleransi agama dan kaum di negara ini. Buku itu hanya untuk kegunaan Orang Asli,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini,.

Media pada 14 Disember lalu melaporkan Jabatan Peguam Negara akan memutuskan samada 31 naskhah buku agama Kristian yang menggunakan kalimah “Allah” perlu dikembalikan kepada pemiliknya atau tidak.


Timbalan Ketua CID Johor, Assistant Commissioner Dennis Lim dipetik berkata, buku itu dirampas pada 5 Disember lalu sebagai sebahagian dari penyiasatan polis.

Kes itu disiasat di bawah Sekssyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, atau merasa tidak senang, kebencian atau sakit hati tentang agama.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori