• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS-Cuba Pulih Balik Diplomatik Sejak Putus 1961

oleh
18/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter
Raul Castro, 83 tahun (kanan), ialah adik kepada bekas pemimpin rejim komunis Cuba, Fidel Castro, 88 tahun, yang cukup dibenci kerajaan Amerika Syarikat sejak 1960. – Gambar hiasan

WASHINGTON DC – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Cuba malam tadi mencipta sejarah apabila bersetuju menyambung semula hubungan diplomatik yang diputuskan sejak 1961 lalu sekali gus mengakhiri era Perang Dingin pasca kejatuhan Kesatuan Soviet.

Pengumuman bersejarah itu dibuat serentak Presiden AS, Barack Obama di sini dan Presiden Cuba, Raul Casto di ibu kota Havana lewat petang semalam yang juga berikar membuka semula pejabat kedutaan di ibu negara masing-masing dalam masa terdekat.

“Kami menamatkan pendekatan lapuk yang gagal lebih 50 tahun demi memulih kembali hubungan antara dua negara berjiran bagi mencipta lebih banyak peluang dan buka lembaran baru kedua-dua rakyat,” kata Obama dalam ucapan ringkas.

Menteri Luar Chile, Heraldo Munoz yang bertindak sebagai perantara blok Amerika Latin dalam reaksi susulan berkata, benua itu selama ini kecewa dengan pemisahan diplomatik AS-Cuba namun peristiwa semalam memulakan proses penamatan Perang Dingin.

Pemulihan semula diplomatik Washington DC-Havana ujarnya, turut mendapat bantuan daripada paus terbaharu Vatican City sejak 2013, Pope Francis, yang juga warga Argentina dan pemimpin Katholik pertama dari Amerika Latin bertindak sebagai orang tengah.

AS memutuskan diplomatik dengan Cuba sejak 1961 selepas setahun sekatan perdagangan terhadap negara komunis itu ekoran kemuncak Perang Dingin yang hampir menyaksikan pulau Caribbean itu nyaris melancarkan peluru berpandu nuklear Soviet ke atas AS.

Dipercayai sebelum embargo ekonomi antarabangsa dikuatkuasakan, Presiden AS pada waktu itu, John F Kennedy sempat memerintahkan Kedutaan AS di Havana membawa balik ribuan curut bermutu Cuba sebelum mengeluarkan perintah sekatan perdagangan.

Akibat tindakan itu, ekonomi Cuba terbantut dan bagi yang pernah melawat Havana, pasti terkejut melihat keadaan bandar raya itu seperti dekad 1960-an dengan kereta lama masih memenuhi jalan raya namun banyak negara kemudian mula membuka kedutaan di situ.

Malaysia turut menyertai masyarakat antarabangsa lain kecuali negara-negara komunis pro-Soviet yang memulaukan Cuba sebelum menyambung semula hubungan diplomatik dengan pulau tersebut pada 1975 dan membuka kedutaan di Havana pada 2001. – Agensi

Berikut ucapan bersejarah Presiden Obama untuk membuka semula hubungan diplomatik dengan Cuba malam tadi: 

Tags: ASBarack ObamadiplomatikMalaysiaSoviet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd