• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biar Betul…Mona Lisa Adalah Hamba Wanita Cina?

oleh AK-47
05/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kepopularan lukisan paling terkenal di dunia ‘Mona Lisa’ tidak perlu disangkal lagi.

Lihatlah ajaibnya lukisan karya terbesar Leonardo Da Vinci ini sentiasa mencuri tumpuan gara-gara ramai yang mendakwa karya seni tersebut seolah-olah bernyawa.

Leonardo Da Vinci
Leonardo Da Vinci

Kemisterian lukisan ini sering kali menjadi tanda tanya hinggakan menjadi inspirasi ramai pihak dalam puisi, lagu dan sebagainya.

Rata-rata peminat seni lukisan tertanya-tanya sehingga kini siapakah insan sebenar disebalik ‘Mona Lisa’ ini hinggakan pelukis itu mampu memberi sentuhan terhebat menerusi karya tersebut.

Namun, muncul pula pelbagai pendapat yang kononnya Monalisa adalah wanita dari Itali iaitu Lisa del Giocondo dan ada juga yang berpendapat Monalisa adalah ibu kandung da Vinci sendiri.

uk-trip-01337

Terbaru, muncul pula dakwaan berasaskan penyelidikan oleh sejarawan dan novelis Itali, Angelo Paratico yang memaklumkan ibu Leonardo Da Vinci adalah subjek dalam lukisan ‘Mona Lisa’ dan  berkemungkinan adalah hamba dari China.

Angelo Paratico
Angelo Paratico

Kajian yang dijalankan selama dua tahun ini akan digarapkan dalam buku terbarunya, ‘Leonardo Da Vinci: A Chinese Scholar Lost in Renaissance Italy’ (Leonardo Da Vinci: Cendekiawan China Hilang Pada Zaman Renaissance Itali).

Buku yang dijangka akan diterbitkan tahun depan mendedahkan hubungan Da Vinci dengan wilayah Timur Jauh.

Menurut Paratico, dia telah menghabiskan masa selama 20 tahun di Hong Kong dan yakin pelukis itu berasal dari Asia.

Dalam buku tersebut Paratico turut mendedahkan beberapa faktor yang menunjukkan pelukis terkenal itu, Leonardo da Vinci berketurunan Cina.

“Antaranya, dia menulis dari kiri ke kanan dengan menggunakan tangan kiri dan juga vegetarian.

“Mona Lisa mungkin potret ibunya, seperti yang dikatakan Sigmund Freud pada 1910. Lukisan itu berlatarbelakangkan China, bahkan wajahnya juga mempunyai ciri-ciri wanita Cina,” kata Paratico. – MYNEWSHUB.CC


Oleh : FARAH

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – "Wahai pengundi-pengundi Johor.. akan datang kepada kamu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN). Janganlah kamu merasa gerun...

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan kenyataan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd