• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Pengumpulan Barangan Bantuan Dilancar Di Kuching

oleh Ahmad Albab
27/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Tehez Consolidators Services, penyedia perkhidmatan membalut beg dan kurier, hari ini melancarkan program mengumpul bantuan untuk dihantar kepada mangsa banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Syarikat milik penuh bumiputera itu menjalankan perkhidmatan membalut beg dan kurier sejak lima tahun lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).

Membawa slogan ‘Rakyat Sarawak Prihatin’, Pusat Pengumpulan Bantuan Mangsa Banjir 2014 itu akan berpusat di Tingkat 3, Excess Baggage Centre, LTAK.

Pengurus Tehez Consolidators Services, Azman Hezri berkata program itu adalah sumbangan syarikat beliau yang sememangnya menjalankan perkhidmatan membalut beg serta kurier dan seterusnya membantu masyarakat di Sarawak khususnya di sekitar Kuching yang ingin membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

“Tehez Consolidators Services ada kepakaran, ada mesin untuk ‘wrapping’ jadi kenapa tidak saya gunakan semua kemudahan yang dimiliki untuk membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

“Pusat ini tidak hanya akan bertindak sebagai pusat pengumpulan sumbangan daripada mana-mana individu. Jika ada masjid, gereja atau mana-mana persatuan yang sudah mengumpul barangan, bawa saja ke sini, kami akan hantar ke Pantai Timur,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di LTAK, hari ini.

Pusat Pengumpulan Bantuan Mangsa Banjir 2014 akan mula beroperasi hari ini sehingga 30 Dis depan, bagaimanapun Azman berkata jika selepas tarikh tersebut masih ada pihak mahu menghantar barangan untuk bantuan, pihaknya akan tetap menerima.

Katanya antara barangan yang dicadangkan untuk dihantar adalah pakaian lama, lampin bayi, selimut, makanan kering.

“Mengikut rancangan setiap kali berjaya mengumpul 50 kilogram barangan, kami akan terus hantar. Dari LTAK, barangan akan dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum dihantar menggunakan lori pula ke Pantai Timur,” katanya.

Azman berkata di Kuala Lumpur, syarikatnya akan bekerjasama dengan Komuniti Peugeot-Citroen Kuala Lumpur untuk menghantar barangan ke Pantai Timur.

Tinjauan Bernama di lokasi pusat pengumpulan mendapati, Azman bersama beberapa sukarelawan sedang mula memasang bunting dan membalut beberapa barangan yang diterima daripada orang ramai.

Sementara itu, aktivis sosial Hadzman Johny, antara sukarelawan terawal yang datang menghulurkan bantuan, berkata kira-kira 50 sukarelawan akan turut sama menghulurkan bantuan.

“Saya datang nak tengok bagaimana ‘set up’ pusat pengumpulan ini. Ada kira-kira 50 sukarelawan sudah bersedia membantu proses ‘wrapping’ dan membungkus barangan yang akan diterima,” katanya.

Mereka yang berhasrat menyumbangkan barangan kepada mangsa banjir boleh menghubungi Azman di talian (016-605 5652), Ali (013-575 6275) dan Milin (014-287 3330). – BERNAMA

Tags: Banjirbantuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd