• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak Dinaiki Air

oleh AK-47
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter
Kawasan tumpuan, Arena Square di bandar Kuala Kangsar yang dinaiki air selepas air Sungai perak yang terletak berhampiran melimpahi tebingnya.
Kawasan tumpuan, Arena Square di bandar Kuala Kangsar yang dinaiki air selepas air Sungai perak yang terletak berhampiran melimpahi tebingnya.

Selain banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang, Perak juga mengalami masalah banjir apabila sebahagian Bandar Diraja Kuala Kangsar telah dinaiki air termasuk di kawasan tumpuan awam berhampiran Arena Square.

Menurut kumpulan Facebook Kuala Kangsar Bandar Diraja… Moh Kita Singgah, beberapa empangan stesen janakuasa elektrik di negeri itu telah dibuka untuk melepaskan air ekoran hujan lebat sehingga menyebabkan banjir.

KualaKangsa_4 KualaKangsar_3

Selain Kuala Kangsar, difahamkan daerah Sungai Siput juga sudah pun dinaiki air.

Empangan yang terlibat ialah Empangan Besia, Empangan Kenering dan Empangan Chenderoh.

MENARIK – Mangsa Banjir Cerita Kisah Hampir Lemas Dihanyut Arus Deras

“Stesen Janakuasa Sungai Perak, Bahagian Penjana Tenaga Nasional Berhad (TNB) Besia, Gerik memaklumkan supaya berjaga-jaga kerana ketiga-tiga empangan iaitu Besia, Kenering dan Chenderoh telah dibua paras tiga kaki pada pukul 10.15 pagi semalam (Selasa),” menurut pengendali laman itu Wan Khairul Mat Isa.

FBKualaKangsar

Beberapa gambar kawasan Arena Square dinaiki air turut dikongsikan laman berkenaan, menunjukkan orang ramai melihat keadaan kedai-kedai di kawasan lembah berkenaan yang digenangi air.

Di laman web peraktoday.com pula dikongsikan gambar jalan laluan Lintang dari Hospital Sungai Siput telah dinaiki air.

Kuala Kangsar pernah dilanda banjir besar pada 6 Januari 1967 sehingga menenggelamkan sebahagian menara jam yang terkenal di bandar itu.

KualaKangsarBanjir_5

Kejadian ketika itu disebabkan oleh hujan lebat berlarutan hingga menyebabkan Empangan Chenderoh pecah, lalu air  Sungai Perak melimpah.

Sementara itu di aplikasi bual Whatsapp, penduduk di negeri Perak mula berpesan sesama mereka dan ahli keluarga agar tidak membenarkan kanak-kanak bermain air banjir supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Video Petikan Gambar Banjir Besar Perak Tahun 1967

http://youtu.be/cfkyc2CyQX8

Tags: BanjirPerak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

03/09/2026
0

IPOH - Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang Perak 2026 akan diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan kepada ketua kampung yang menunjukkan prestasi...

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd