• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AL-FATIHAH: Bekas Menteri Di JPM Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig Jen (B) Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, malam tadi pada usia 70 tahun akibat komplikasi jantung.

Menerusi mesej daripada anak Allahyarham, Junaidi, 26, yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia daripada mengerjakan umrah, bapanya meninggal dunia pada jam 9.52 malam selepas dimasukkan ke IJN kira-kira jam 5 petang.

“Minta kawan dapat ziarah ayah saya buat kali terakhir di rumah (No 8 Jalan Suasana 5/3A Bandar Tun Hussein Onn, Cheras),” katanya.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn, jam 11 pagi Rabu.

Allahyarham Abdul Hamid pernah memegang jawatan Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) serta bekas Pengerusi MARA.

Allahyarham adalah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1435H/2013M.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” katanya dalam akaun twitter miliknya malam Selasa. – mStar Online

Tags: meninggal duniaMenteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Menjunjung tinggi pendirian Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan. Menerusi satu...

Tengku Puteri Zainah, Bekas Isteri Najib Razak Meninggal Dunia

Tengku Puteri Zainah, Bekas Isteri Najib Razak Meninggal Dunia

05/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas isteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, 65, dilaporkan meninggal dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd