Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

PRU15: Rahman Dahlan Antara...

KOTA KINABALU : Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan...

‘High Fashion’ Melalui Kaca...

MINAT mendalam terhadap dunia peragaan dan fesyen telah menjadikan individu bernama Madaew kreatif...

Tambang: Dilema Pengusaha Bas...

PETALING JAYA - Susulan musibah banjir, pengusaha bas sekolah di Pantai Timur terpaksa...

Mahathir Jumpa Azmin Malam...

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijadual bertemu Timbalan Presiden...

Akibat Banyak Anjing, Tikus Mula ‘Banjiri’ Singapura

SINGAPURA – Lebih sedozen pegawai pemusnah haiwan liar daripada sebuah syarikat kawalan serangga perosak terkenal, Star Pest Control dikerah membersihkan Bukit Batok di tengah Singapura yang dipercayai dihuni ratusan dan mungkin ribuan ekor tikus mondok.

Operasi secara besar-besaran diarahkan agensi perumahan milik pemerintah, Housing Development Board (HDB) hari ini menggemparkan jutaan penduduk Singapura yang selama ini terkenal dengan sikap disiplin ketat dalam isu kebersihan republik pulau itu.

Stesen Singapura, Channel NewsAsia menyiarkan visual ratusan tikus menghuni bukit curam itu yang menempatkan menara pemancar penyiaran tujuh saluran TV tempatan dan 20 saluran radio termasuk stesen antarabangsa BBC, Jerman, Jepun, Perancis dan Australia.

Dua pegawai pemusnah haiwan perosak tempatan memasang perangkap tikus di sekitar Bukit Batok bagi membanteras mamalia comel itu daripada menjejaskan imej tahap kebersihan Singapura. – Gambar hiasan

Beberapa saksi mendakwa, kebanjiran tikus tanah warna perang itu mungkin disebabkan sikap pemurah penduduk termasuk warga asing yang suka memberi makan kepada banyak anjing liar namun tidak pula membersihkan semula sisa makanan yang dibiar bersepah.


“Selepas anjing kenyang meninggalkan kawasan ini, puluhan tikus dari puncak Bukit Batok serbu buangan makanan itu seumpama pesta dan hari ini, saya lihat lebih 50 ekor tikus keluar menggelupur sakit selepas 10 minit disembur racun,” kata saksi enggan dikenali.

Pengurus Star Pest Control, Bernard Chan berkata, operasi bermula pukul 8 pagi melibatkan lebih 10 pegawai pemusnah terlatih dan mereka memasang perangkap di sekeliling bukit sebelum siap lewat petang kerana itu waktu paling aktif tikus keluar mencari makanan.

Namun, penduduk bimbang operasi penyemburan racun itu walaupun tidak memberi kesan kepada pusat penjaja makanan berhampiran, tetapi ia mungkin mengancam nyawa anjing terbiar yang menghidu bahan kimia disembur di sekitar bukit tersebut. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori