• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Kurnia 205 Pingat Darjah Kepahlawanan ATM

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Roslan Saad.

Roslan mendahului senarai 205 penerima pada sesi pertama istiadat pengurniaan darjah kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2014 di Istana Negara di sini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Hadir sama Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Dr Ismail Ahmad.

Tuanku Abdul Halim turut mengurniakan darjah PGAT Kehormat kepada dua pemimpin tentera negara asing iaitu Ketua Pemerintah Tentera Darat Myanmar, Jeneral Soe Win dan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, Brig Jeneral (U) Datuk Seri Panglima Wardi Abd Latip.

Manakala Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menerima darjah Pahlawan Angkatan Tentera Kehormat.

Istiadat pengurniaan melibatkan 17 penerima darjah Pahlawan Setia Angkatan Tentera, 19 penerima darjah Pahlawan Angkatan Tentera, 103 penerima darjah Kesatria Angkatan Tentera dan 63 penerima darjah Bentara Angkatan Tentera. – BERNAMA

Tags: AgongATM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Zahir Penghargaan Kepada Warga ATM, Pesara Sempena Hari ATM Ke-93

Agong Zahir Penghargaan Kepada Warga ATM, Pesara Sempena Hari ATM Ke-93

16/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atas khidmat...

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd