• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Kemungkinan Pesawat AirAsia Mendarat Di Lokasi Lain

oleh AK-47
29/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kini terdapat kemungkinan bahawa pesawat AirAsia QZ8501, Indonesia yang hilang pagi tadi mungkin telah mendarat di suatu lokasi yang tidak diketahui.

Laporan portal berita Indonesia, Detik.com melaporkan Ketua Badan Mencari Dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia Sutrisno berkata kemampuan pesawat itu untuk terbang selama empat jam membolehkan pesawat itu pergi lebih jauh dari lokasi terputus hubungan.

“Pesawat itu sudah terbang tidak sampai dua jam meskipun kemampuannnya itu membolehkan ianya terbang selama empat jam. Oleh hal demikian, pesawat itu mampu terbang lagi lebih jauh dari lokasi kehilangannya dan mungkin saja ianya mendarat di suatu tempat,” katanya di Pejabat Bandara Wilayah II, Tangerang tengah hari tadi.

MENARIK – Indonesia Yakin Pesawat AirAsia Tidak Mengalami Kecelakaan

Sehingga kini pihak BASARNAS, masih belum dapat memastikan adakah pesawat Airbus A320-200 itu telah terhempas atau tidak kerana operasi pencarian masih dilakukan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini ditumpukan sekitar Pantai Tanjung Pandan dan Pontianak menggunakan tujuh buah kapal dan dua helikopter milik BASARNAS.

Ia turut dibantu Kementerian Kelautan dan Perikanan serta Tentera Nasional Indoesia-Angkatan Laut (TNI-AL).

“Kita berharap agar semua pihak dapat memberikan informasi keberadaan pesawat itu. Mudah-mudahan pesawat ini dapat mendarat di suatu tempat yang belum diketahui,” kata Sutrisno. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AirAsia IndonesiaMalaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kini menjadi sebuah negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan. Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd